Entries from February 2009 ↓

Wang VSS buat projek pertanian

Pertanian adalah satu cabang perniagaan, dan memang menguntungkan.Ramai usahawan-usahawan pertanian telah berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hasil pertanian yang dilaksanakan. Sekiranya anda teruja dengan kejayaan para usahawan pertanian yang telah berjaya, mungkin ada terdetik dihati ingin mencuba terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang sedang merudum.

Tambahan pula dengan sektor industri yang mula membuang pekerja, jika dapat wang VSS boleh juga digunakan untuk kegiatan pertanian. Tetapi sebelum gelap mata untuk membelanjakan wang skim VSS untuk menjalankan projek pertanian, adalah sebaiknya berfikir , belajar dan buat kaji selidik dahulu sebelum terjun supaya tidak jadi seperti si luncai terjun bersama labu-labunya.

Bukan sahaja perlu buat kaji selidik tentang tanaman pertanian tetapi tentang pengurusan wang, cash flow juga amat penting kerana tanpa pengurusan wang yang betul wang yang banyak boleh habis begitu saja umpama menanam wang. Ini kerana pertanian bukanlah kerja yang mudah ia memerlukan pengorbanan wang, tenaga dan masa. Tetapi jika sekadar buat pertanian di belakang rumah itu tidak menjadi soal samada untung atau rugi.

Sebelum memulakan pastikan dahulu dalam diri ada minat yang mendalam, jika sekadar untuk mencuba nasib elok dibelanjakan wang ke tempat lain yang boleh memberi manfaat. Kecuali anda mencuba mencari pendapatan melalui internet, ia boleh dicuba bila-bila masa sahaja kerana risiko rendah tanpa menunggu wang skim VSS anda boleh memulakannya. Tulisan ini bukan untuk mematahkan semangat untuk menjadi usahawan tani tetapi jadikan ia sebagai panduan untuk menjadi lebih berhati-hati serta cari sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan untuk memastikan usaha yang bakal dilaksanakan tidak menjadi sia-sia.

Resepi kejayaan dan kekayaan jutawan

Jika ditanya mahu kaya dan berjaya, semua orang pasti berkata mahu. Mahu duit? mahu juga, nak banyak duit? nak. Tapi bila ditanya bagaimana untuk merealisasikan semua keinginan itu hmmm… berniagalah apa lagi. Ha tunggu apa lagi berniagalah, tapi apa nak diniagakan, berniaga perlu modal yang banyak.

hmm susah juga nak berniaga ni, itu baru bercerita bab modal, belum lagi berkenaan dengan persaingan dan strategi pemasaran. Akhir sekali segala keinginan nak kaya nak berjaya nak duit banyak itu terkubur sahaja. Ini semua adalah angkara melihat kesukaran untuk berjaya dan kaya melebihi dari kebebasan yang akan diperolehi selepas bejaya. Kesan dari kesilapan pemikiran dan tiada matlamat yang besar akan menyebabkan cita-cita untuk kaya dan berjaya hanyalah angan-angan sahaja.

Jika mahu kaya dan berjaya perlu mengubah pemikiran, kesukaran itu umpama garam, jika matlamat hanya sebesar mangkuk sup ekor lembu lalu di dituangkan semangkuk garam, apa jadi sudah tentu masin malah boleh ditukar kepada sup garam tiada siapa pun mahu makan. Tetapi jika matlamat sebesar tangki air syabas jika dituang semangkuk garam, air didalamnya tetap baik dan tidak masin. Begitulah jika ingin berjaya dan kaya matlamat mesti besar dan kesukaran itu pasti tenggelam.

Adakah anda akan berkata…aku makan garam dahulu dari engkaula..

Sudah sedia untuk berhenti kerja?

Keadaan ekonomi nampaknya belum ada tanda-tanda yang menunjukkan bakal pulih walau Presiden Obama meneraju Amerika Syarikat sebagai pengganti Bush. Berita berkenaan pemberhentian pekerja bagi syarikat-syarikat besar seperti nike, starbuck, panasonic dan lain-lain syarikat yang terlibat, menunjukkan ekonomi sedang berada dalam keadaan yang tidak menggembiran bagi seluruh dunia. Continue reading →