Lalu di hadapan pusat jualan kereta proton sempat juga menjeling pada proton exora mpv malaysia, nak turun tengok belum sempat lagi, lagi pun sekadar nak tengok saja bukan nak beli lain kali singgah. Dengar cerita kereta ni menarik dan terbaik berbanding dengan kereta yang seangkatan dengannya walaupun saiz besar dengan kapasiti engine 1.6liter tetapi ia dirasakan dapat memecut dengan pantas kerana teknologi engine campro dan lightweight body. Rakyat malaysia yang teringin nak membeli mpv tetapi rasa tidak mampu, mungkin inilah kenderaan yang sesuai untuk dijadikan pilihan. Kalau ada kereta lama proton yang dah lusuh dimakan usia di rumah boleh juga dijadikan modal untuk mendapatkan kenderaan mpv proton exora ni. Mungkinkah masalah cermin tingkap pada proton exora ini tidak berulang seperti yang berlaku pada model proton yang lain
Bagaimana pun kena tunggu reaksi komen dari pembeli proton exora ni tentang apakah kelebihan dan kekurangannya, selagi belum ada pengguna sukar untuk menilai, apa pun dari segi pandangan mata dan spesifikasi ia adalah kenderaan yang terbaik berbanding dengan jenama lain yang seangkatan dengannya. Apple to apple.
Hari ini kita tengok video sekejap, aksi-aksi panas di tengah panas melayan traktor kubota di kebun jagung. Kalau bawak traktor dalam kebun atau ladang tak payah ada lesen memandu kerana polis dan jpj tiada, kalau nak accident pun cuma terlanggar ular, tikus atau cacing saja. Bawak traktor senang saja jika permukaan bumi rata, tetapi untuk kawasan yang berbukit adalah sukar hanya traktor kecil sahaja yang sesuai serta perlu pilot yang professional, bukan apa kawasan bukit ni memang cukup mudah nak buat aksi-aksi lasak.
Tayar hadapan traktor cukup mudah nak terangkat, boleh buat macam aksi mat rempit.
Bulan April 2009 bermulalah detik hari tanpa bekerja makan gaji bagi najib iaitu rakan saya kerana beliau telah nekad untuk berhenti bekerja dari sektor industri, beliau memilih untuk mengambil wang vss bagi memulakan sesuatu yang baru dalam hidupnya.
Namun begitu fikirannya masih kosong tidak tahu apakah yang sesuai untuk dilakukan selepas berhenti bekerja. Dengan masa percuma yang ada sekarang beliau mula merayau-rayau untuk mencari informasi apakah yang sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan baru, najib bukanlah tidak berpelajaran beliau adalah seorang yang berpendidikan dari universiti tempatan, tetapi ingin beralih arah kepada bidang yang tidak berkaitan dengan kejuruteraan. Tumpuannya kini samada untuk meneroka bidang perniagaan atau pertanian.
Baru-baru ini najib berkesempatan berjumpa saya di kebun jagung, maklumlah rakan lama sewaktu di sektor industri dahulu, waktu bekerja memang susah nak jumpa, tetapi apabila sudah berhenti bekerja makan gaji barulah ada masa nak jumpa. Dengan kesempatan tersebut najib menyuarakan hasrat hatinya untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, tetpi saya tidak begitu menyokong sebaliknya menyuruh beliau membuat analisa terlebih dahulu, berkaitan dengan kos-kos yang terlibat, pulangan semula wang modal, pemasaran,keuntungan dan kehidupan sebagai peladang.
Saya menyarankan agar mengambil sedikit masa sebelum memulakan sesuatu projek untuk mengelakkan kerugian dan saya tidak mahu wang dari skim vss beku, biar lambat tidak mengapa kerana pertanian menggunakan wang yang banyak sekiranya bermula dari kosong kecuali sudah ada kemudahan infrastruktur. Begitu juga antara persoalan yang saya kemukakan adakah beliau betul-betul berminat? minat kerana mendengar cerita-cerita indah tentang untung perniagaan pertanian adalah tidak sesuai dijadikan alasan untuk terlibat dalam pertanian. Pertanian bukan kerja mudah ia perlu titik peluh dan wang, serta pulangan keuntungan yang lambat serta penuh dengan risiko.
Bercerita tentang kesusahan bukan bermaksud untuk mematahkan semangat, tetapi untuk menjadikan beliau lebih bersedia dan berhati-hati dan kuat. Selain dari itu cara kehidupan juga perlu diubah kerana tiada jaminan wang setiap hujung bulan.