January 31st, 2010 — perniagaan
Jika anda mencari rahsia wang pantas, masuk terus dapat hasil. tidak perlu disangkal, Wang pantas bukan satu rahsia ia memang wujud. Tetapi ada syaratnya untuk berhasil iaitu pertama sekali anda perlu ada perniagaan sendiri tidak kira apa jua apa jenis perniagaan yang diusahakan.
Masuk terus dapat hasil, perkataan ini hanya untuk pemilik perniagaan/usahawan apabila ada orang masuk untuk membeli atau sertai pasti akan ada hasil. Masuk terus dapat hasil bukan perkataan yang ditujukan kepada pencari peluang, pencari peluang tidak akan terus mendapat hasil, pencari peluang juga harus melalui tempoh belajar, bagaimana, cara untuk untuk menguasai ilmu rahsia wang pantas.
Tempoh untuk menguasai adalah tidak tetap, ia hanya ditetapkan oleh pencari peluang itu sendiri. Pencari peluang mesti bertindak dengan segera mahukan wang pantas. Realitinya majoriti pencari peluang masih terus mencari peluang-peluang baru dan meninggalkan peluang yang terdahulu kerana terpengaruh dengan peluang yang terkini dan baru. Bukan salah untuk mencari peluang baru malah ia adalah harus dilakukan asalkan peluang yang terdahulu sudah diteroka sepenuhnya dan membuahkan hasil yang lumayan mengikut ketetapan yang dimahukan.
January 22nd, 2010 — Jana wang GDI
“Kena cari orang ke? ”
Antara soalan berkaitan dengan perniagaan gdi yang bermain di minda dan diluahkan melalui kata-kata penanya. Ya betul gdi adalah perniagaan cari orang. Umumnya semua perniagaan memang memerlukan orang untuk berlakunya transaksi, berlakunya jual beli.
“cari orang tu yang susah”
Cari orang untuk mempromosikan perniagaan ini tidak susah asalkan rajin walaupun malas, caranya adalah mempromosi melalui internet, gunakan tool emel invitation yang disediakan oleh gdi, hantar semaksima yang boleh setiap hari. tool sudah disediakan usah sia-siakan asalkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh gdi.
tetapi jika rasa susah juga gunakan sahaja autoresponder yang berkualiti seperti aweber. menggunakan autoresponder untuk mempromosi memang memudahkan tetapi perlu mengeluarkan kos. Jika ada bajet untuk itu , wajar digunakan. Dalam perniagaan untuk berkembang hanya ada dua cara sahaja. cara percuma-perlu kerja lebih dan memakan masa. cara berbayar-kurang kerja keluarkan duit.
Kedua-dua cara sama sahaja tujuannya iaitu untuk mengembangkan perniagaan.
cari orang tidak susah, cuma untuk mendapatkan prospek yang betul-betul berminat itu memerlukan masa. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa, ia adalah biasa dan orang yang berjaya juga melaluinya.
“Belum ada satu perniagaan pun yang berjaya menambat hati semua orang yang diberitahu”
“kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
Perniagaan adalah satu yang subjektif, ada orang hari ini buat bisnes hari ini juga dapat pelanggan, ada orang hari ini buat bisnes bulan depan baru dapat pelanggan. Mengapa ia berlaku? mesti ada sebabnya. Wajar difikir..ambil kertas dan pen jika perlu.
January 20th, 2010 — Jana wang GDI, video
January 16th, 2010 — membina laman web
anda seorang usahawan atau baru nak menjadi usahawan? tidak kira apa usaha perniagaan yang sedang dilakukan samada mengusahakan perniagaan bersaiz kecil mahu pun besar, perniagaan kecil yang dilakukan dari rumah, perniagaan mlm, perniagaan internet dan mungkin juga sekadar pemandu teksi. di zaman teknologi maklumat ini, para usahawan sewajarnya punya website sendiri.
dengan adanya website, kerja untuk mempromosi perniagaan menjadi bertambah mudah , hanya perlu mempromosikan alamat url atau website anda sahaja kepada prospek, mereka mudah untuk mengetahui apa yang anda jual, mengetahui apa perkhidmatan yang ditawarkan, mengetahui peluang yang anda ingin sampaikan.
sebagai seorang usahawan sewajarnya punya website yang berdomain sendiri, bukan domain yang menumpang di blogspot atau wordpress dan juga lain-lain yang percuma di internet. bukan untuk memperkecilkan sesiapa yang menggunakan nama domain menumpang, memang di akui walaupun ada usahawan menggunakan domain menumpang tetapi mampu menjana pendapatan yang besar.
tetapi cuba bayangkan jika apabila segala usaha anda untuk memperkenalkan perniagaan kepada ramai prospek, tiba-tiba hilang begitu sahaja…tambahan pula sudah ramai orang mengetahui alamat domain yang digunakan. bukankah kesemua kerja yang dilakukan itu sia-sia sahaja. walaupun begitu anda dapat satu pelajaran baru yang tidak ternilai harganya iaitu “bahaya menggunakan domain menumpang”.
chedet bekas perdana menteri sudah merasainya apabila blog percuma beliau hilang begitu sahaja, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana beliau bukan bertujuan untuk menjana keuntungan perniagaan.
sebab seterusnya mengapa perlu menyewa tapak website. ia menunjukkan yang anda serius melakukan perniagaan, prospek anda juga berasa yakin anda seorang yang serius dan mengikuti peredaran zaman.
mungkin ada yang beranggapan susah dan tidak tahu untuk membuat website, tambahan pula tidak tahu langsung kod html, cpanel pun mungkin tidak pernah dengar, sebenarnya mudah sahaja tidaklah sesukar yang disangkakan dan tidak perlu mengambil kursus bagaimana membina website, tetapi jika mahu belajar amatlah digalakkan kerana ilmu yang bermanfaat wajar dipelajari samada berguru, bertanya rakan atau belajar melalui internet dengan percuma asalkan rajin dan sabar mencari.
untuk lebih mempercepatkan anda membina website sendiri boleh mencuba site builder gdi, dan secara automatiknya boleh menjana pendapatan secara online.
January 9th, 2010 — membina laman web
membina laman website adakalanya melecehnya kepada sesetengah orang terutama newbie, selain menggunakan software percuma yang ada di internet, gdi ada menyediakan site builder untuk membuat website.
site builder boleh juga dikatakan seperti website express kerana sebaik sahaja mendaftar di gdi dengan mengisi maklumat yang diperlukan kita boleh terus sahaja buat website, memang express.
Kelebihan menggunakan site builder, pengguna tidak perlu menggunakan ftp untuk upload file. kita hanya perlu pilih template yang telah disediakan , apabila sudah berpuashati terus bina page.taip apa yang kita mahukan jika perlu boleh masukkan gambar, form feedback , guest form kesemuanya ada di site builder gdi.
Setelah siap kesemuanya dan berpuas hati boleh terus promote website , memang express.
Dengan adanya site builder kerja membuat website menjadi lebih cepat, terutama kepada yang baru nak belajar dan juga kepada yang ada kekangan masa. Jika menggunakan software percuma seperti nvu kita perlu buat lebih kerja berbanding menggunakan site builder.
Mungkin kita mahu bertukar selera tidak mahu menggunakan website yang dibina dengan site builder dimasa hadapan . apa yang perlu hanya menukar ” setting” dns ke “basic hosting” untuk membolehkan mengupload file index.html ke server gdi. setelah proses menukar setting dns ke basic hosting berjaya website yang telah dibina dengan menggunakan software percuma nvu boleh diupload ke server gdi menggunakan ftp.
website express yang dibuat menggunakan site builder, klik di sini