Terdapat sebuah laman web yang menjual produk fizikal iaitu rokok sahaja, tak terfikirlah pula yang rokok pun boleh dijual secara online kerana rokok adalah benda yang mudah diperolehi di kedai berhampiran, lagi pun perokok jika teringin nak hisap rokok ia perlu dibeli secepat mungkin, tidak kira pukul 3 pagi asalkan ada seven eleven atau stesen minyak yang berhampiran.
Cuma apa yang pasti rokok jenama nusantara dan gudang garam tiada dalam senarai jualan di kedai rokok online ini. Post ini bukanlah untuk menggalakkan menghisap rokok, cuma tertarik dengan laman web tersebut. Walaupun produk itu boleh di dapati dengan mudah di kedai-kedai tetapi ia masih lagi dijual melalui internet, jadi kepada sesiapa yang sedang berkira-kira nak buka kedai online di internet mungkin boleh jual rokok gudang garam produk yang sedia ada di kedai-kedai asalkan ia mudah untuk di pos dan menepati syarat-syarat perkhidmatan pos.
Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu


2 comments ↓
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Post di atas menarik.Hanya dengan sedikit kreativiti dan kesungguhan, impian boleh menjadi nyata..
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
@pemburu impian-waalaikumsalam, ya setuju
Leave a Comment