Selamat berpuasa dan menyambut hari raya
September 25, 2008 – 4:42 pm | by wakaSudah agak lama saya tidak menulis di blog ini…hmm kita masih lagi dibulan ramadhan maka kepada yang beragama islam bulan ini kita masih lagi berpuasa, setahun sekali aje tak lama. Kini tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya. Di kala ini mungkin kebanyakan suri rumah sedang sibuk menyediakan kuih raya dan tidak kurang juga yang sibuk bekerja hanya membeli kuih tunjuk yang berlambak di kedai-kedai pasaraya dan di pasar ramadhan.
Namun pada tahun ini kelihatan acara membeli tidak sebegitu rancak seperti tahun-tahun lepas, ia mungkin disebabkan budget agak kecil, kuasa membeli juga agak terhad. Kelihatan ramai pembeli agak berkira hanya membeli benda yang penting sahaja walau pun harga minyak petrol telah diturunkan lagi rm 0.10 semalam. Kepada yang belum sempat membeli kad ucapan raya boleh juga menggunakan kad raya digital, ianya mudah, cepat dan tidak perlu membayar harga stem. Jika anda berminat untuk mendapatkan kad raya digital boleh cuba mendapatkannya di www.kadraya.kartunisubi.com tetapi rasenya dah kehabisan stok, tapi cubalah tengok apa yang ada disana.
| Posted in » 