Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Selamat berpuasa dan menyambut hari raya

September 25, 2008 – 4:42 pm | by waka

Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini…hmm kita masih lagi dibulan ramadhan maka kepada yang beragama islam bulan ini kita masih lagi berpuasa, setahun sekali aje tak lama. Kini tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya. Di kala ini mungkin kebanyakan suri rumah sedang sibuk menyediakan kuih raya dan tidak kurang juga yang sibuk bekerja hanya membeli kuih tunjuk yang berlambak di kedai-kedai pasaraya dan di pasar ramadhan.

Namun pada tahun ini kelihatan acara membeli tidak sebegitu rancak seperti tahun-tahun lepas, ia mungkin disebabkan budget agak kecil, kuasa membeli juga agak terhad. Kelihatan ramai pembeli agak berkira hanya membeli benda yang penting sahaja walau pun harga minyak petrol telah diturunkan lagi rm 0.10 semalam. Kepada yang belum sempat membeli kad ucapan raya boleh juga menggunakan kad raya digital, ianya mudah, cepat dan tidak perlu membayar harga stem. Jika anda berminat untuk mendapatkan kad raya digital boleh cuba mendapatkannya di www.kadraya.kartunisubi.com tetapi rasenya dah kehabisan stok, tapi cubalah tengok apa yang ada disana.

Tags: ,

haram berjual beli najis haiwan

August 28, 2008 – 1:44 pm | by waka

Saya bukanlah pandai sangat tentang hukum-hukum, baru-baru ni rakan saya telah menyarankan untuk meletakkan najis haiwan asli yang tidak diproses(najis kambing) untuk dibuat baja kepada tanaman jagung. Ini adalah untuk mengurangkan kos dan najis kambing mudah diperolehi dari kawasan yang berdekatan. Disebabkan saya tidak tahu tentang hukum jual beli najis haiwan ini haram, saya telah menyarankan untuk membeli sahaja najis asli tersebut. Saranan saya telah ditolak” engkau tak tahu hukum ke?” hehe… kenyataan dari beliau ” kalau nak guna najis asli(kambing, lembu, ayam) yang belum diproses janganlah dibeli, kalau orang jual pun jangan beli.cara untuk mendapatkannya adalah meminta dari tuan punya haiwan dan memberi upah untuk kerja pengumpulan atau penghantaran najis haiwan tersebut.Tapi kalau boleh dapat free lagi bagus . Begitulah serba sedikit pengetahuan yang baru saya perolehi.

Namun begitu najis haiwan yang telah diproses boleh untuk dijual beli.

Tags: , ,

Perkhidmatan Poslaju

July 14, 2008 – 8:46 pm | by waka

Baru-baru ini saya ada mengepos barang permainan (radio control) yang diorder oleh pelanggan menggunakan perkhidmatan poslaju, dengan kos rm20 untuk lebih kurang sekilo berat kotak barang tersebut. Tetapi disebabkan kecuaian saya memeriksa dengan teliti, saya telah melakukan kesilapan tertinggal satu barang iaitu suis, kecil saja dalam 70gram berat. Disebabkan kesilapan tersebut saya telah kehilangan rm5.90 kena kos penghantaran suis tersebut iaitu menggunakan poslaju. Nilai rm5.90 bukanlah besar, tetapi cuma berasa pelik menghantar barang yang berat tidak seberapa tetapi kosnya tinggi.

Mungkin disebabkan jenis barang yang dihantar menyebabkan kos pengeposan berbeza untuk setiap jenis barang. Pada permulaan penghantaran saya mengesahkan barang tersebut adalah alatan permainan. dan pada penghantaran yang kedua saya mengesahkan ia adalah suis, mungkin disitu kesilapannya. Atau pun disebabkan perbezaan kerani yang menguruskan pengeposan barang tersebut. Kesimpulannya periksa dahulu dengan teliti dan pastikan semua lengkap sebelum melakukan pengeposan untuk mengelakkan kerugian.

Tags: ,

jana wang adsense JWAv2.0

June 5, 2008 – 5:28 pm | by waka


jana wang adsense JWAv2.0 adalah sebuah ebook yang patut dibaca oleh penggiat adsense, yang baru nak mengenali apa itu adsense, dah buat adsense tapi xdapat lagi buat duit. ebook ini wajar sekali dimiliki oleh semua orang, ini kerana ia adalah ebook yang paling lengkap sebagai panduan kepada sesiapa sahaja yang nak memulakan cari duit melalui adsense. tambahan pula dengan harga petrol yang melambung naik, minyak naik ramai yang naik minyak. Oleh itu untuk menurunkan naik minyak eloklah menjinak-jinakkan diri dengan adsense.

Sebelum ini versi 1.0 dan 1.1 telah sold out, dan baru-baru ini JWAv2.0 telah pun ditutup jualannya buat seketika disebabkan oleh terlalu banyak tempahan, sehingga saya sendiri tertunggu-tunggu, bilakah jualan akan dibuka semula. Pada 5 mei 9:30 am jualan telah pun dibuka semula dan ia adalah terhad, maka jangan berlengah-lengah lagi nanti anda pasti menyesal jika tidak dapat memilikinya. Satu lagi jaminan wang anda dikembalikan dalam tempoh 30 hari! jangan berlengah, sila klik link berikut untuk anda mendapatkannya.

http://www.jana-wang-adsense.com

Saya sudah memilikinya ia memang hebat! dan berbaloi!

Tags: , , ,

harga petrol naik lagi

June 4, 2008 – 6:19 pm | by waka

petang tadi baru saje pak lah mengumumkan harga petrol akan naik bermula pada esok hari. huh…nampaknye semakin parahlah kocek seluar untuk memberi duit kepada stesen minyak shell, petronas, bhp esso dan lain-lain lagi. kalau dulu dengan harga rm1.92 dah dapat satu liter, sekarang hanya dengan rm2.70 sahaja baru boleh dapat satu liter.

Disebabkan pengishtiharan harga minyak, kebanyakan stesen minyak semuanya penuh sehingga ada yang kena berbaris sampai satu kilometer, saya pun nak cuba la juga isi minyak full tank tapi kalau nak kena berbaris xpayah la. Dengan situasi sebegini nampaknya pengguna kenderaan mungkin terpaksa mengubah cara kehidupan, walaupun begitu minyak petrol perlu dibeli setiap hari, kalau tidak bagaimana nak pergi bekerja. apakan daya jika bekerja dirumah sudah tentu masalah ini tidak begitu membebankan. jadi fikir-fikirkan bagaimana untuk menanganinya.

Tags: