Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for February, 2007

happy chienese new year

Saturday, February 17th, 2007

Warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman tak kira bangsa, semua mengambil kesempatan untuk bercuti. Samada bercuti di kampung atau pergi bercuti ke tempat-tempat peranginan di Malaysia diharap agar percutian ini digunakan sebaiknya, terutama kepada semua pengguna jalan raya(harga nyawa di jalan raya murah) diharap dapat mengawal diri ketika memandu. Bak kata pepatah malang tak berbau, apa yang penting ingat orang tersayang.

Pastikan keadaan kenderaan semuaa selamat, buatlah pemeriksaan dahulu sebelum memulakan perjalanan, periksa tayar pastikan ia masih berbunga(jangan disebabkan tayar tidak berbunga menyebabkan bunga ditabur dipusara), periksa minyak pelincir, periksa minyak brek, periksa tahap air penyejuk radiator, periksa air pencuci cermin dan periksa mana-mana yang perlu. Sebaiknya buat pemeriksaan di pusat-pusat servis kenderaan.

Menurut statistik ops sikap, jumlah kemalangan agak tinggi, jadi ayuh bersama-sama mengurangkan jumlah tersebut dengan memandu dengan berhemah dan bersabar.Sebelum pulang atau bertolak menuju destinasi pastikan rumah berkunci dan beritahu jiran yang bersebelahan atau yang berdekatan. Selamat bercuti.

takut

Sunday, February 11th, 2007

Sejak dari kecil kebiasaannya kita sering ditakutkan dengan sesuatu, selalunya sewaktu zaman kanak-kanak sering dikaitkan dengan hantu. Bila sudah besar ditakutkan dengan kegagalan samada gagal dalam pelajaran, perniagaan dan bermacam-macam jenis kegagalan. Agak-agaknya jika kita tidak dikenalkan dengan perkataan takut ini, mungkin kita akan menjadi berani sentiasa. Apa pandangan anda.

Penternak haiwan yang berjaya

Monday, February 5th, 2007

Pada minggu lepas, saya telah mengikuti rakan melawat seorang rakannya yang baru pulang dari Tanah suci Mekah. Sebenarnya tiada perancangan hendak melawat rakan tersebut, tetapi kebetulan pada masa itu kami berada di Sungai Buluh hendak melihat-lihat barang jualan berkaitan dengan Lanskap, maka setelah puas beramah mesra dengan tauke kedai Lanskap kami pun bercadang mahu pulang, tetapi disebabkan waktu masih awal, lebih kurang jam 4:30 petang, kami pun berfikir kemana nak dituju…nak  balik masih awal.

Rakan saya pun mencuba menghubungi rakannya, kebetulan ia ada di rumah… baru baik demam katanya. Setelah bertanya lokasi kami pun meneruskan perjalanan kerumahnya yang jarak lebih kurang 6km dari kedai lanskap yang kami singgah tadi. Sampai saja di rumah kami di bawa melawat melihat haiwan peliharaan beliau.

Antara haiwan yang ada ialah kuda, rusa, burung unta, kambing, biri-biri dan kibas. Berada di sini seperti berada di zoo pula rasanya…ialah dikelilingi binatang. Pada sangkaan saya hanya di sini sahaja binatang peliharaan yang ada, rupanya sangkaan saya meleset sekali, menurutnya haiwan yang ada disini hanyalah untuk show atau kemudahan para pembeli untuk melihat . Sebahagian besar haiwan ternakan ada terdapat di ladang ternakannya, Wah hebat sungguh.

Setelah puas melihat haiwan ternakan, kami dijamu pula dengan ole-ole dari mekah makan dapat juga merasa secawan air zam-zam dan beberapa jenis makanan. Katanya “saya mengusahakan ternakan ini bukan lah seperti makan mee segera, rendam dalam air tunggu 2 minit terus boleh dimakan” maksudnya usahawan mee segera adalah dari kalangan orang yang mempunyai wang nak buat bisnes apa pun boleh sebab punya banyak wang.

Menurut beliau lagi apa yang ada sekarang adalah hasil dari bekerja sejak dahulu, iaitu mengumpul wang. Untuk pengetahuan beliau sebenarnya seorang arkitek (pemilik syarikat) disebabkan minat dengan bidang ternakan maka sebahagian wang dilaburkan kebidang ternakan.

Kesimpulan yang diperolehi ialah menukar minat/hobi kepada sumber pendapatan.

Batu Caves

Thursday, February 1st, 2007

Pada 1 feb 2007 adalah hari Thaipusam, maka kepada sesiapa yang ingin ke Kuala Lumpur sila elakkan dari melalui kawasan sekitar Batu Caves untuk mengelakkan dari tersangkut dengan kesesakan di sana. Kesesakan biasanya bermula dari awal pagi. Pada hari ini juga mungkin ada antara warga kuala Lumpur dan Selangor akan berjalan-jalan, cutilah katakan…tapi jika budget kurang, baik duduk rumah sajelah.