Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for March, 2007

Pelaburan internet

Tuesday, March 27th, 2007

Baru-baru ini saya mendapat sms dari seorang rakan yang ingin mempromosikan skim pelaburan di internet, dengan mudah saya menbalas dengan menyatakan tidak berminat, “aku takde wang la nak join”. Padahal saya dah tahu lama dah pasal skim nih. Mereka yang berminat dengan skim ni hendak ditegur pun susah ada saja jawapannya, so biarkan saja saya tengok apa yang akan berlaku kemudian hari. Sebenarnya rakan sekerja saya ada menyertai dengan modal rm160 jika tidak silap mereka telah diumpan dengan ayat-ayat keramat ” duduk saja dapat wang”. Tunggu 40 hari wang tersebut akan menjadi rm30k …perhhh syoknye cerita. Rakan saya nih sebenarnya buta komputer, apatah lagi internet berkali-kali buta, satu hari setelah 30 hari menyertai skim tersebut dia menyuruh saya memeriksa akaun melalui website. Dengan pantas saya pun melaksanakan permintaan tersebut, ya memang ada wang yang terkumpul tetapi rm3 sahaja hahaha jika didharabkan dengan 12 bulan baru rm36 wah letih la nak dapatkan modal balik ni. Entahla sampai bilakah mereka akan sedar…wallahualam. Untuk membaca tulisan tentang pelaburan internet lawati www.zaharuddin.net

hasilkan wang melalui sms

Saturday, March 17th, 2007

Irwan dahnil telah menghasilkan sebuah buku bagaimana untuk menghasilkan wang hanya dengan sms, sebenarnya buat duit dengan sms bukan perkara baru, tetapi tidak ramai yang mengetahui cara menghasilkan wang dengan sms bilangannya amat kecil. Contoh paling mudah jika anda biasa menonton Akademi Fantasia atau mana-mana program yang mempunyai kaitan dengan undian dari penonton. Penganjur akan meminta penonton melakukan undian melalui sms dan setiap sms mempunyai kadar caj tertentu.Sebenarnya banyak lagi cara menghasilkan wang melalui sms ini, untuk mengetahui lebih lanjut klik di sini.

Wang besar bermula dengan berbelanja sejumlah wang kecil

Thursday, March 8th, 2007

Cuaca agak panas di golf club bukit kemuning, maklumlah waktu tengahari tapi memang cuaca sekarang agak panas tidak kira siang atau malam. Saya dan seorang rakan berada di golf club ni pun bukannya main golf cuma nak berjumpa seorang rakan niaga berbangsa cina, sembang-sembang niaga sambil lunch le… Apa yang hendak diperkatakan disini antara salah satu perbincangan dari pertemuan tersebut. Rakan saya ada menyatakan dia telah berbelanja sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan sesuatu projek, namun bukan semuanya mendatangkan hasil. Tetapi berbelanja untuk mendapatkan projek adalah satu perkara yang normal dan semua usahawan lain pun pasti melaluinya.

Umpama rakan bangsa cina berkata” mahu wang yang besar , perlu melabur sedikit wang dahulu”. Ini menunjukkan memang setiap usaha untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berkorban dahulu. Ok, dalam bisnes offline jumlah wang yang terpaksa dibelanjakan dalam perniagaan adalah besar nilainya, bukan rm20, rm50, rm……tetapi beribu-ribu atau pun lebih bergantung kepada sesuatu projek.

Maka saya pun membuat perbandingan antara perniagaan offline dengan perniagaan online(internet). Perniagaan online pelaburan yang dilakukan adalah kecil dan teramat - amat kecil dibandingkan dengan perniagaan offline dan boleh juga menghasilkan sejumlah wang yang banyak jika dilakukan dengan betul. Disamping itu juga dalam mencari prospek kita tidak perlu bertemu pelanggan hanya cukup sekadar melalui sebuah laman web dan segala informasi produk atau perkhidmatan yang diperlukan boleh diperoleh di situ. Ya amat mudah sekali. Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan online sendiri tetapi tidak punya ilmu janganlah segan-segan untuk melabur sedikit wang anda dengan mendalami ilmu perniagaan internet, samada dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh mereka yang professional dan juga membeli buku atau ebook yang berkaitan.