Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for April, 2007

penunjuk ekonomi

Wednesday, April 25th, 2007

Bagaimana untuk menilai ekonomi? hmm..entah saya tak belajar ekonomi, dulu saya belajar engineering, sebenarnya tidak belajar ekonomi pun boleh menilai status ekonomi.cara yang paling mudah ialah dengan melihat pasaran kereta dan rumah jika kita melihat banyak kereta dan rumah tidak terjual itu tanda ekonomi down dan sebaliknya jika kedua-dua benda tersebut laris menunjukkan secara umumnya ramai orang mempunyai wang dan mempunyai kemampuan untuk berbelanja.

Apa pandangan anda?

nak buat ini, jadi itu akhirnya….

Wednesday, April 4th, 2007

kebiasaannya sebelum melakukan sesuatu kita akan merancang sebagai contoh bermula dari petang sebelum pulang kita telah pun memikirkan apa yang bakal kita lakukan pada esok hari di tempat kerja, samada menyiapkan laporan bulanan , membuat sebutharga atau apa-apa yang telah diamanahkan untuk dilakukan, tetapi bila sampai sahaja di tempat kerja kita dihujani dengan aduan, soalan dan pelbagai seribu masalah oleh pekerja atau dari pelanggan. Hal sebegini adalah lumrah jika kita berkerja dengan sesuatu organinasi terutama menjadi orang mempunyai “signature yang ada nilai duit” hehe….tak kiralah kita kerja dengan siapa pun lebih-lebih lagi berkerja sendiri lagi banyak perkara yang perlu diselesaikan. Baru saja nak pegang pen atau buka komputer telefon berdering….”halooo payment bila mau bayar, suda mayak lama woo…saya pun bole tutup kedai la ini macam…haiyaa” .saya pun jawab”..nanti jangan risau tunggu dulu nanti saya dapat payment saya bayar la tokey…tarak lari punya kita sama-sama niaga, sabar maa tunggu sikit hari lagi ” itulah jawapan yang biasa. fikiran pun tergangu, kadang-kadang dan selalu juga menggangu tumpuan kerja lain.

baru tengah dapat feel buat kerja datang pula aduan, ” en. semalam ada customer komplen upgrading sistem penyejuk udara yang di buat kt bangunan …… tidak begitu efisien macam takde buat apa-apa pun”. Aduh! semua ini menggangu tumpuan apa bila mendengar berita-berita kurang enak untuk santapan telinga. Kalau nak cerita memang banyak ganguan dan sudah pasti anda juga ada mengalami gangguan yang menggangu. Perkara sebeginilah biasanya menjadikan kerja-kerja terbengkalai jika kita terus memikir masalah-masalah dengan tiada penghujung. Untuk mengelakkan gangguan dari memesongkan fokus kerja anda hari itu asingkan dahulu masalah tersebut dari kotak fikiran dan terus lakukan apa yang telah dirancang seperti pada awalnya. Apabila selesai apa yang telah dirancangkan pada hari itu, baru lah sebaiknya anda meneliti kembali segala aduan-aduan yang diterima. Jika tidak sampai bila pun kerja yang nak dibuat tidak menjadi.

Begitu juga dalam meneruskan usaha perniagaan internet ia memerlukan fokus. agar tidak terjadi nak buat itu jadi ini dan akhirnya semua terbengkalai.