Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for August, 2007

Alang

Thursday, August 30th, 2007

Siapa alang?…bukan alang2 ya, mungkin ada yang sudah tahu dan juga tidak tahu. Beliau adalah seorang usahawan internet sepenuh masa dan sudah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini yang mana pada mula mempunyai 3 website sahaja tetapi kini sudah ada 15 website.

Kisah beliau juga telah dimuatkan di dalam Akhbar NST. Pendapatan beliau antaranya adalah melalui adsense, chitika dan pengiklanan. Untuk mendapat manfaat dari pengalaman beliau yang telah berjaya sila kunjungi www.szab.net/blog blog ini mengandungi pelbagai sumber info yang menarik dan dapat membantu kepada yang berminat untuk menimba ilmu dan memberi semangat kepada yang sedang berusaha menjadi usahawan internet

Apakabar semua…

Friday, August 10th, 2007

Asalamualaikum/salam sejahtera… bertemu kembali,  sudah agak lama saya tidak menulis di blog bukaminda.com ini, ya sudah sebulan saya berada di lumut, atas urusan kerja yang tiada titik noktahnya selagi hayat dikandung badan. Tetapi akhirnya saya mengalami “low blood pressure” dan terpaksa berehat seketika. Ianya mungkin disebabkan oleh kerja yang keterlaluan sepanjang bulan dan tidur yang tidak mencukupi.

Oklah sebaiknya tidak perlu dipanjangkan lagi cerita itu, apa yang penting sesibuk mana pun kita, mestilah mempunyai tidur, rehat yang mencukupi. Kesihatan yang baik amat penting buat kita semua, tidak begitu bermakna hidup ini jika kesihatan tidak baik. Dengan kesihatan yang baik kehidupan lebih bermakna dan segala urusan kita seharian akan berjalan dengan lancar. Akhir kata jagalah kesihatan dan dapatkan rehat yang secukupnya agar segala yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Hargailah nikmat sihat.