Saturday, September 29th, 2007
Setiap manusia yang lahir dibumi ini telah ditentukan rezekinya, tetapi sebagai manusia kita perlu mencarinya(rezeki tidak datang dengan mengolek walaupun dengan cara melayang ). Waktu sebaik-baik memulakan mencari rezeki sudah tentulah pagi-pagi lagi. Teringat zaman dulu-dulu masa kanak-kanak jika bangun lewat bila buka tudung saji saje dah tiada apa-apa yang tinggal. Emak akan cakap” tulah bangun lewat lagi mana nak ade rezeki” semua rezeki yang ada di dalam tudung saji telah pun dikutip oleh orang-orang yang bangun awal huhu…
Bercakap pasal rezeki ni. Linncomel telah menulis sebuah buku bertajuk magnet rezeki setebal 97 mukasurat, kurang 3 mukasurat lagi jadik 100. Sebuah buku yang wajar dibaca oleh semua orang terutama yang mengalami atau merasai selalu gagal dalam usaha. Sekiranya merasai diri selalu gagal bolehlah mencuba mendapatkan ebook ini mudah-mudahan dapat membantu memecah kebuntuan dan mengenal pasti kesilapan (more…)
Posted in Uncategorized | No Comments »
Tuesday, September 25th, 2007
Kopi adalah salah satu minuman kegemaran orang di Malaysia, termasuklah saya tetapi dalam banyak-banyak jenis kopi, kopi asli masih tetap diminum oleh semua golongan, paling mudah lihat sahaja di kedai-kedai kopi.Walaupun terdapat perlbagai jenis kopi yang telah dicampur dengan tongkat ali, ginseng, halia. Tetapi kopi asli masih utuh sehingga kini, mengapa tiba-tiba saya menulis mengenai kopi kali ini.
Sebenarnya baru-baru ini dalam bulan yang lepas iaitu ogos bulan kemerdekaan salah seorang rakan saya telah memulakan perniagaan kopi di pasar malam. Sebelum beliau ingin memberi kata noktah pada majikannya kami ada berbincang berkenaan apa agak2nya perniagaan yang kurang persaingan di pasar pagi, malam. Fikir-fikir memang tidak nampak perniagaan yang tiada persaingan, semuanya ada persaingan. Lihat saja jika menjual pakaian ada ramai yang berniaga pakaian di pasar malam, nak jual makanan begitu juga. Tetapi tidak salah jika berniaga benda yang sama sebab rezeki itu pemberian Allah, setiap orang ada rezekinya.
Tidak semena-mena rakan saya menyatakan apa kata berniaga kopi?…hmm, hah itu memang tiada persaingan terutama kopi kisar baunya yang harum( freshla katakan) memang menarik minat pada penggemar kopi. Ya memang benar amat jarang orang berniaga kopi kisar di pasar pagi/malam jika ada pun ia adalah milik bukan melayu. Anda suka minum kopi ke?
Posted in usahawan | 5 Comments »