Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for October, 2007

Selamat menyambut hari raya puasa

Friday, October 12th, 2007

Esok semua umat islam akan menyambut hari raya puasa, setelah sebulan berpuasa tibalah masa yang dinantikan untuk merayakan bersama keluarga tercinta, saudara mara dan rakan-rakan. Sejak semalam ramai yang telah memulakan perjalanan balik kampung( terutama cikgu…hari rabu last day). Walau pun bukan guru dapat juga rase tempias hehe :).

Semalam, sewaktu pejalanan pulang ke utara tanah air, keadaan lebuh raya dari ipoh ke utara telah mula dibanjiri kenderaan tetapi masih stabil, cuma setiap perhentian rehat dan rawat sentiasa penuh dengan kenderaan kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat serta mengisi perut yang lapar untuk berbuka puasa. Kepada yang berkeluarga eloklah membawa makanan untuk mengelakkan kesukaran mendapatkan makanan di kawasan perhentian berikutan kesesakan yang berlaku disetiap perhentian.

Sempena menyambut hari raya puasa ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua sekiranya ada salah silap, Maaf zahir dan batin.

Pandu cermat, untuk keselamatan bersama