baru 3 tahun paip air dah bocor
Saturday, November 3rd, 2007Seminggu selepas hari raya telah terjadi satu kejadian yang tidak disangka-sangka sama sekali banjir berlaku di rumah saya, tetapi rumah saya sahaja jiran sebelah tak kena pun. Banjir yang berlaku disebabkan paip air yang berada dibawah lantai rumah(dalam tanah) telah bocor. hmmm…sakit kepala la jugak dahla baru lepas raya, wang pun dah banyak dibelanja. Ishhh… baru usia 3 tahun paip dah bocor, dalam tanah pulak tu geram betul.
Sekiranya kebocoran yang berlaku sebelum meter sudah tentu syabas yang bertanggungjawab, ini kebocoran yang berlaku di dalam rumah hah..rabak la kocek lagi.Setelah berfikir panjang untuk mengelakkan dari memberi sejumlah wang kepada kontraktor untuk memperbaiki kebocoran paip air tersebut, anggaran untuk membaiki adalah lebih kurang RM500. Saya telah berjaya meminjam se unit hacker( bukan hacker laman web) untuk melakukan kerja-kerja pemecahan lantai. Kalau nak ketuk dengan menggunakan tukul dan pahat huhhh…silap-silap sebulan tak siap, maklumlah bukan pro. Golongan pro dengan kerja 3D( DIRT, DIFFICULT,DANGEROUS)/pekerja binaan pun menggunakan hacker nak buat kerja pecah memecah ni.
Setelah bertungkus lumus beberapa hari(kalau kira jam dalam 20jam jer) akhirnya kerja-kerja pembaikan paip bocor berjaya dilakukan beserta melakukan pemasangan tile baru. Antara masalah-masalah yang terpaksa dihadapi untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ini ialah untuk mengenal pasti dimanakah kedudukan paip air tersebut. Di Malaysia pemilik rumah tidak mempunyai detail drawing tentang kedudukan paip air atau kabel elektrik. Apa yang ada hanyalah pelan rumah yang terlalu general. Mungkin detail drawing untuk laluan paip air dan kabel elektrik ini tidak penting atau pengguna tidak kisah jika tidak memilikinya.
Socket pipe = RM0.50
Glue           = RM1.50
Tile            = RM24
Simen        =RM11
Tools         =RM10