Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for February, 2008

inspektor

Saturday, February 9th, 2008

Inspektor yang paling popular dan terkenal adalah inspektor polis, kalau dalam cerita hindustan inspektor sahab. Tugas inspektor polis adalah sebagai penyiasat kes-kes jenayah, tetapi di sini saya tidak mahu bercerita pasal inspektor polis, apa yang nak saya sampaikan adalah berkaitan dengan inspektor cat.

haha… kadang macam kelakar juga cat pun ade inspektor, apa cat ada melalukan jenayah ke..hohoho….tidak sama sekali. Tahukah anda bahawa inspektor cat adalah satu bidang tugas yang penting yang perlu ada bagi memastikan cat yang digunakan untuk mengecat sesuatu benda mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Inspektor cat amat diperlukan terutama di dalam bidang industri oil and gas dan berpendapatan lumayan sama seperti gaji doktor pakar. Sekiranya anda seorang peminat dalam bidang mengecat bolehlah mendapatkan certificate inspektor cat.