Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for April, 2008

Toyota hilux dalam kenangan

Saturday, April 26th, 2008

Sementara menunggu ketibaan rakan saya dari utara, pada awal pagi seperti biasa saya akan melayari internet samada membaca surat khabar atau pun melihat-lihat emel, suasana pagi hari itu memang agak mendung dan tanda-tanda seperti hujan akan turun. Sedang asyik membaca tiba-tiba deringan telefon bimbit pun berbunyi, dalam hati berkata “mungkin mereka sudah hampir” tetapi telahan itu tidak tepat langsung.

Melainkan hanya jawapan ” kami terlibat dalam kemalangan berhampiran kawasan r & r di bukit gantang ” saya hanya menjawab “betul ke” kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Dengan tidak membuang masa saya pun bergegas bersiap-siap untuk ke sana. Lebih kurang 3 jam perjalanan dengan kelajuan biasa saya pun sampai ke hospital Taiping di mana rakan saya di tempatkan. Seorang mengalami kecederaan di kedua-dua betis (otot terkoyak hampir ke tulang) dan seorang lagi hanya mengalami cedera ringan. mujurlah seorang selamat dan mempunyai kuderat untuk mengusung keluar rakan yang cedera.

Sewaktu kejadian menurut mereka pada waktu itu tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan kenderaan seperti ditolak( mungkin angin lintang katanya), menyebabkan kesukaran untuk mengawal kenderaan apabila sedang bergerak laju serta menyebabkan kenderaan berpusing beberapa kali dan berguling sebelum merosakkan beberapa batang penghadang jalan. Umur masih panjang kerana besi penghadang jalan tidak terkena di badan( hanya masuk kedalam kenderaan). Kesimpulannya berhati-hati sewaktu memandu serta gunakan tali pinggang keselamatan kerana malang tidak berbau.

cimg1645.JPG

Satu jam

Wednesday, April 2nd, 2008

Sekali sekala balik kampung biasanya saya akan bertemu kawan-kawan itu pun jika ada, tempat yang paling best kalau di kampung dah tentu la kedai kopi bukan kopitiam. Tempat berdebat untuk orang kampung x kira apa juga cerita semua bole dibincangkan. Golongan yang paling popular dikedai kopi dan yang memonopoli sudah tentu golongan tua, orang muda bole bilang itu pun kalau nak kira dengan sebelah tangan pun x habis.

Tengah sedap-sedap berborak sampai lah satu ketika saya menceritakan kepada rakan perjalanan yang saya lalui dari kl ke melaka (Tanjung kling) lebih kurang dua jam itu kira paling cepatlah. Tiba-tiba ada satu orang tua menyampuk pakcik bole buat satu jam ajee… eh biar betul pakcik saya menyampuk, berapa laju? x takut speed trap ke?…..dengan selamba pakcik tua menjawab xpayah takut speed trap, ala orang tua kalau bawak kereta xlaju mana…dengan muka selamba lagi dan berlalu pergi dia menjawab pakcik kemana-mana satu jam ajer…

Fikir punya fikir…ya memang betul satu jam ajer hahaha…(satu jam di tangan)

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle