Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for the ‘daftar perniagaan’ Category

daftar perniagaan

Tuesday, May 22nd, 2007

baru-baru ini saya telah berkunjung ke the mall, tingkat 2 untuk mendaftar perniagaan. Proses untuk mendaftar adalah mudah, cuma memakan masa sehari dan sediakan wang sebanyak RM70 sahaja. Tetapi jika anda merasakan tiada masa untuk hadir, boleh juga melakukan pendaftaran dengan kaedah online.

Kaedah online ini masih baru dan dalam percubaan ia tidak lagi dihebahkan(menurut pegawai yang berkhidmat).Berikut adalah panduan menggunakan e-lodgement pendaftaran perniagaanyang disediakan oleh SSM yang telah saya tulis kembali untuk memudahkan anda membaca.
langkah-langkah menggunakan e-lodgment pendaftaran perniagaan:

1. anda mesti mempunyai alamat e-mel

2. Mendaftar di portal mygoverment : www.gov.my

3. Mendaftar sebagai ‘SSM Subscriber Registration’ sekiranya hendak menyerahkan borang pendaftaran : www.gov.my

4. Bayaran boleh dibuat secara kad kredit, debit langsung dan prepaid. Bagi bayaran debit langsung anda hendaklah mempunyai akaun disalah satu bank berikut : MAYBANK/BANK ISLAM/ HONG LEONG/ PUBLIC BANK DAN CIMB. Tiada bayaran tambahan bagi urusniaga dibuat

5. Jika melibatkan bayaran secara prabayar (prepaid),

- sila daftar di kaunter SSM tingkat 2 atau tingkat 13(langkah 1 & 2 mesti dipatuhi dahulu)

-bayaran minima permulaan ialah RM70(untuk urusan yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan)

6. Sila ikuti arahan yang tertera di skrin mengikut transaksi yang dikehendaki bagi Pendaftaran Perniagaan secara online iaitu:

-carian nama (borang PNA 42)

-pendaftaran baru (borang A)

-pendaftaran perubahan (borang B1,B2,B3 &B4)

-pembaharuan perniagaan (borang A1)

-penamatan perniagaan (borang C)

7. Notis memaklumkan pendaftaran perniagaan akan dimaklumkan menerusi e-mel

8. Perkhidmatan bagi mendapatkan cetakan maklumat Perniagaan buat masa ini boleh di perolehi menerusi e-info dengan melayari laman web ssm.com.my atau ke kaunter no 3 dan 4 di tingkat 13 suruhanjaya syarikat malaysia, the mall.