Saturday, February 9th, 2008
Inspektor yang paling popular dan terkenal adalah inspektor polis, kalau dalam cerita hindustan inspektor sahab. Tugas inspektor polis adalah sebagai penyiasat kes-kes jenayah, tetapi di sini saya tidak mahu bercerita pasal inspektor polis, apa yang nak saya sampaikan adalah berkaitan dengan inspektor cat.
haha… kadang macam kelakar juga cat pun ade inspektor, apa cat ada melalukan jenayah ke..hohoho….tidak sama sekali. Tahukah anda bahawa inspektor cat adalah satu bidang tugas yang penting yang perlu ada bagi memastikan cat yang digunakan untuk mengecat sesuatu benda mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Inspektor cat amat diperlukan terutama di dalam bidang industri oil and gas dan berpendapatan lumayan sama seperti gaji doktor pakar. Sekiranya anda seorang peminat dalam bidang mengecat bolehlah mendapatkan certificate inspektor cat.
Tags: cat, gas, inspektor, oil, paint
Posted in makan gaji | No Comments »
Sunday, December 2nd, 2007
Makan gaji adalah satu cara usaha yang menjanjikan pendapatan tetap setiap bulan, walau pun adakalanya atau selalu tidak mencukupi dan ada juga yang cukup dan ada juga yang lumayan. Tetapi tidak semua kerjaya boleh dijadikan pengalaman untuk berniaga sendiri, ok..jika dalam diri ada menyimpan hasrat untuk berniaga sendiri satu hari nanti kaedah yang paling baik adalah bekerja dengan syarikat atau majikan yang melakukan perniagaan yang sama seperti yang kita mahukan.
Sebagai contoh andainya kita minat untuk membuka perniagaan penerbitan buku, langkah yang paling baik adalah memulakan kerjaya di syarikat penerbitan buku. Tetapi jika ingin menerbit buku digital/ebook mungkin rasanya memadai dengan membaca buku panduan cara-cara menulis ebook. Mengapa saya beri contoh perniagaan penerbitan buku, kalau contoh lain pun bole juga tetapi disebabkan baru-baru ini(walau dah dekat sebulan) saya ada bersembang dengan seorang penerbit buku dengan cara tidak sengaja di majlis jamuan hari raya. Antara nasihatnya adalah pilih kerjaya yang sesuai iaitu, adakah kerjaya yang dipilih boleh digunakan untuk dijadikan pengalaman/pelajaran untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang yang sama, ahhh senang cakap bekerja dengan syarikat penerbit buku suatu masa nanti membuka syarikat penerbitan buku sendiri, macam tu la.
Jadi dengan berbekalkan pengalaman serta mengusahakan perniagaan yang sama dengan pengalaman ia akan menjadikan perniagaan yang diusahakan menjadi lebih mudah(tetapi tidaklah semudah menyuap nasi ke mulut). So, Jika ada cita-cita hendak berniaga, pilih kerjaya yang sesuai dengan cita-cita perniagaan yang ingin diusahakan satu hari nanti. Namun begitu ia tidaklah bermaksud seorang jurutera tidak boleh menjadi usahawan tani.
Tags: buku, kerjaya, perniagaan
Posted in makan gaji | No Comments »