Archive for the ‘makluman’ Category
Thursday, September 25th, 2008
Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini…hmm kita masih lagi dibulan ramadhan maka kepada yang beragama islam bulan ini kita masih lagi berpuasa, setahun sekali aje tak lama. Kini tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya. Di kala ini mungkin kebanyakan suri rumah sedang sibuk menyediakan kuih raya dan tidak kurang juga yang sibuk bekerja hanya membeli kuih tunjuk yang berlambak di kedai-kedai pasaraya dan di pasar ramadhan.
Namun pada tahun ini kelihatan acara membeli tidak sebegitu rancak seperti tahun-tahun lepas, ia mungkin disebabkan budget agak kecil, kuasa membeli juga agak terhad. Kelihatan ramai pembeli agak berkira hanya membeli benda yang penting sahaja walau pun harga minyak petrol telah diturunkan lagi rm 0.10 semalam. Kepada yang belum sempat membeli kad ucapan raya boleh juga menggunakan kad raya digital, ianya mudah, cepat dan tidak perlu membayar harga stem. Jika anda berminat untuk mendapatkan kad raya digital boleh cuba mendapatkannya di www.kadraya.kartunisubi.com tetapi rasenya dah kehabisan stok, tapi cubalah tengok apa yang ada disana.
Tags: hari raya, kad raya
Posted in makluman | No Comments »
Monday, July 14th, 2008
Baru-baru ini saya ada mengepos barang permainan (radio control) yang diorder oleh pelanggan menggunakan perkhidmatan poslaju, dengan kos rm20 untuk lebih kurang sekilo berat kotak barang tersebut. Tetapi disebabkan kecuaian saya memeriksa dengan teliti, saya telah melakukan kesilapan tertinggal satu barang iaitu suis, kecil saja dalam 70gram berat. Disebabkan kesilapan tersebut saya telah kehilangan rm5.90 kena kos penghantaran suis tersebut iaitu menggunakan poslaju. Nilai rm5.90 bukanlah besar, tetapi cuma berasa pelik menghantar barang yang berat tidak seberapa tetapi kosnya tinggi.
Mungkin disebabkan jenis barang yang dihantar menyebabkan kos pengeposan berbeza untuk setiap jenis barang. Pada permulaan penghantaran saya mengesahkan barang tersebut adalah alatan permainan. dan pada penghantaran yang kedua saya mengesahkan ia adalah suis, mungkin disitu kesilapannya. Atau pun disebabkan perbezaan kerani yang menguruskan pengeposan barang tersebut. Kesimpulannya periksa dahulu dengan teliti dan pastikan semua lengkap sebelum melakukan pengeposan untuk mengelakkan kerugian.
Tags: perkhidmatan poslaju, pos
Posted in makluman | 1 Comment »
Wednesday, June 4th, 2008
petang tadi baru saje pak lah mengumumkan harga petrol akan naik bermula pada esok hari. huh…nampaknye semakin parahlah kocek seluar untuk memberi duit kepada stesen minyak shell, petronas, bhp esso dan lain-lain lagi. kalau dulu dengan harga rm1.92 dah dapat satu liter, sekarang hanya dengan rm2.70 sahaja baru boleh dapat satu liter.
Disebabkan pengishtiharan harga minyak, kebanyakan stesen minyak semuanya penuh sehingga ada yang kena berbaris sampai satu kilometer, saya pun nak cuba la juga isi minyak full tank tapi kalau nak kena berbaris xpayah la. Dengan situasi sebegini nampaknya pengguna kenderaan mungkin terpaksa mengubah cara kehidupan, walaupun begitu minyak petrol perlu dibeli setiap hari, kalau tidak bagaimana nak pergi bekerja. apakan daya jika bekerja dirumah sudah tentu masalah ini tidak begitu membebankan. jadi fikir-fikirkan bagaimana untuk menanganinya.
Tags: petrol
Posted in makluman | 1 Comment »
Wednesday, May 7th, 2008
Dunia blog semakin rancak sekarang ini, menunjukkan blog semakin berkuasa dan berleluasa penggunaannya. chedet.com adalah blog Tun Dr Mahathir yang kira masih baru dilancarkan dengan menggunakan blogger.com. Walaupun baru tetapi tengok dari post pertama sahaja lebih dari 1000 komen diterima, amat memberangsangkan. So tunggu lah lepas nih sapa lagi ahli pemimpin negara yang terkemuka nak berblog. nih url blog tersebut www.chedet.com
Tags: chedet, mahathir, politik
Posted in makluman | No Comments »