Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

duit percuma, xpayah beli apa-apa

Wednesday, May 14th, 2008

sesiapa yang berminat dengan duit percuma, inilah masanya hanya dengan menyebarkan laporan percuma anda sudah boleh menjana wang. Ya mudah sekali jangan tunggu lagi jom sertai. CEPAT! kerana ia terhad sehingga 30 jun sahaja, atau pun sebelum dari tarikh tersebut, klik banner di bawah

Tags: , ,

Toyota hilux dalam kenangan

Saturday, April 26th, 2008

Sementara menunggu ketibaan rakan saya dari utara, pada awal pagi seperti biasa saya akan melayari internet samada membaca surat khabar atau pun melihat-lihat emel, suasana pagi hari itu memang agak mendung dan tanda-tanda seperti hujan akan turun. Sedang asyik membaca tiba-tiba deringan telefon bimbit pun berbunyi, dalam hati berkata “mungkin mereka sudah hampir” tetapi telahan itu tidak tepat langsung.

Melainkan hanya jawapan ” kami terlibat dalam kemalangan berhampiran kawasan r & r di bukit gantang ” saya hanya menjawab “betul ke” kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Dengan tidak membuang masa saya pun bergegas bersiap-siap untuk ke sana. Lebih kurang 3 jam perjalanan dengan kelajuan biasa saya pun sampai ke hospital Taiping di mana rakan saya di tempatkan. Seorang mengalami kecederaan di kedua-dua betis (otot terkoyak hampir ke tulang) dan seorang lagi hanya mengalami cedera ringan. mujurlah seorang selamat dan mempunyai kuderat untuk mengusung keluar rakan yang cedera.

Sewaktu kejadian menurut mereka pada waktu itu tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan kenderaan seperti ditolak( mungkin angin lintang katanya), menyebabkan kesukaran untuk mengawal kenderaan apabila sedang bergerak laju serta menyebabkan kenderaan berpusing beberapa kali dan berguling sebelum merosakkan beberapa batang penghadang jalan. Umur masih panjang kerana besi penghadang jalan tidak terkena di badan( hanya masuk kedalam kenderaan). Kesimpulannya berhati-hati sewaktu memandu serta gunakan tali pinggang keselamatan kerana malang tidak berbau.

cimg1645.JPG

Tags: , ,

Satu jam

Wednesday, April 2nd, 2008

Sekali sekala balik kampung biasanya saya akan bertemu kawan-kawan itu pun jika ada, tempat yang paling best kalau di kampung dah tentu la kedai kopi bukan kopitiam. Tempat berdebat untuk orang kampung x kira apa juga cerita semua bole dibincangkan. Golongan yang paling popular dikedai kopi dan yang memonopoli sudah tentu golongan tua, orang muda bole bilang itu pun kalau nak kira dengan sebelah tangan pun x habis.

Tengah sedap-sedap berborak sampai lah satu ketika saya menceritakan kepada rakan perjalanan yang saya lalui dari kl ke melaka (Tanjung kling) lebih kurang dua jam itu kira paling cepatlah. Tiba-tiba ada satu orang tua menyampuk pakcik bole buat satu jam ajee… eh biar betul pakcik saya menyampuk, berapa laju? x takut speed trap ke?…..dengan selamba pakcik tua menjawab xpayah takut speed trap, ala orang tua kalau bawak kereta xlaju mana…dengan muka selamba lagi dan berlalu pergi dia menjawab pakcik kemana-mana satu jam ajer…

Fikir punya fikir…ya memang betul satu jam ajer hahaha…(satu jam di tangan)

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tags: ,

Demam pilihanraya

Monday, March 3rd, 2008

pilihanraya dah hampir tiba, tidak kira di kampung atau bandar kelihatan berwarna-warni dengan poster, bulan, dacing roket dan anak bulan( betul ke anak bulan kalau salah betulkan) kelihatan dimerata-rata tempat. Ini kira musim mencari wang kepada mereka yang bergiat menampal poster, walau pun begitu dalam asyik menampal/memasang pastikan keselamatan nyawa yelah…sebab banyak juga kerja-kerja memanjat nih terutama untuk poster-poster yang tinggi tu.

Apa pun yang penting pada tarikh 8/3/08 jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita terutama kepada yang dah cukup umur, kalau belum cukup tu tunggu jela dulu. selamat mengundi

Tags: ,

baru 3 tahun paip air dah bocor

Saturday, November 3rd, 2007

Seminggu selepas hari raya telah terjadi satu kejadian yang tidak disangka-sangka sama sekali banjir berlaku di rumah saya, tetapi rumah saya sahaja jiran sebelah tak kena pun. Banjir yang berlaku disebabkan paip air yang berada dibawah lantai rumah(dalam tanah) telah bocor. hmmm…sakit kepala la jugak dahla baru lepas raya, wang pun dah banyak dibelanja. Ishhh… baru usia 3 tahun paip dah bocor, dalam tanah pulak tu geram betul.

 

Sekiranya kebocoran yang berlaku sebelum meter sudah tentu syabas yang bertanggungjawab, ini kebocoran yang berlaku di dalam rumah hah..rabak la kocek lagi.Setelah berfikir panjang untuk mengelakkan dari memberi sejumlah wang kepada kontraktor untuk memperbaiki kebocoran paip air tersebut, anggaran untuk membaiki adalah lebih kurang RM500. Saya telah berjaya meminjam se unit hacker( bukan hacker laman web) untuk melakukan kerja-kerja pemecahan lantai. Kalau nak ketuk dengan menggunakan tukul dan pahat huhhh…silap-silap sebulan tak siap, maklumlah bukan pro. Golongan pro dengan kerja 3D( DIRT, DIFFICULT,DANGEROUS)/pekerja binaan pun menggunakan hacker nak buat kerja pecah memecah ni.

 

Setelah bertungkus lumus beberapa hari(kalau kira jam dalam 20jam jer) akhirnya kerja-kerja pembaikan paip bocor berjaya dilakukan beserta melakukan pemasangan tile baru. Antara masalah-masalah yang terpaksa dihadapi untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ini ialah untuk mengenal pasti dimanakah kedudukan paip air tersebut. Di Malaysia pemilik rumah tidak mempunyai detail drawing tentang kedudukan paip air atau kabel elektrik. Apa yang ada hanyalah pelan rumah yang terlalu general. Mungkin detail drawing untuk laluan paip air dan kabel elektrik ini tidak penting atau pengguna tidak kisah jika tidak memilikinya.

 

Kos yang dikeluarkan

 

Socket pipe = RM0.50

Glue            = RM1.50

Tile             = RM24

Simen         =RM11

Tools          =RM10

Kos pekerja=RM0( guna tenaga sendiri) letih gak pecah batu ni wooo