Archive for the ‘usahawan’ Category
Thursday, August 28th, 2008
Saya bukanlah pandai sangat tentang hukum-hukum, baru-baru ni rakan saya telah menyarankan untuk meletakkan najis haiwan asli yang tidak diproses(najis kambing) untuk dibuat baja kepada tanaman jagung. Ini adalah untuk mengurangkan kos dan najis kambing mudah diperolehi dari kawasan yang berdekatan. Disebabkan saya tidak tahu tentang hukum jual beli najis haiwan ini haram, saya telah menyarankan untuk membeli sahaja najis asli tersebut. Saranan saya telah ditolak” engkau tak tahu hukum ke?” hehe… kenyataan dari beliau ” kalau nak guna najis asli(kambing, lembu, ayam) yang belum diproses janganlah dibeli, kalau orang jual pun jangan beli.cara untuk mendapatkannya adalah meminta dari tuan punya haiwan dan memberi upah untuk kerja pengumpulan atau penghantaran najis haiwan tersebut.Tapi kalau boleh dapat free lagi bagus . Begitulah serba sedikit pengetahuan yang baru saya perolehi.
Namun begitu najis haiwan yang telah diproses boleh untuk dijual beli.
Tags: baja, hukum, najis haiwan kambing
Posted in pertanian/agro | No Comments »
Sunday, May 11th, 2008
Pada hari sabtu 10/05/08 saya dan seorang rakan bertemu di masjid wilayah, suasana memang sesak kerana orang ramai mengambil kesempatan pada cuti hari sabtu untuk pergi ke MTRADE kerana expo halal (MIHAS) sedang berlangsung di sana , Tujuan kami bukan untuk pergi ke expo MIHAS tersebut, kami mepunyai agenda lain iaitu untuk bertemu dengan seorang penternak jaya selangor 2007(kategori haiwan memakan rumput). Beliau adalah seorang penternak haiwan seperti , kambing(boer, jamnapari dan beberapa jenis lagi),lembu, ini adalah kali kedua saya melawat beliau walau tidak membeli walau sekilo daging kambing. Tetapi jika melihat dikawasan sekitar kandang yang berada di sg buloh, bukan kambing dan lembu sahaja yang ada, unta, burung unta, kuda, kijang itik juga ada.
Pada hakikatnya beliau adalah seorang arkitek tetapi disebabkan minat dengan haiwan sejak dari dahulu (no animal no life hehe), beliau bergiat di dalam bidang penternakan sehingga dinobatkan sebagai usahawan ternak berjaya 2007 untuk negeri selangor. Satu sebab lagi bidang ternakan haiwan adalah satu perniagaan yang tidak akan mati sampai bila-bila, walaupun beras naik, gula naik, tepung naik, minyak naik dan gaji tak naik. Manusia perlu makan , walau keadaan macam mana sekali pun manusia perlu makan, maka itu antara sebab bidang ternakan akan terus maju kerana permintaan sentiasa ada.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bekalan kambing hidup, kambing sembelih, lembu hidup, lembu sembelih atau haiwan-haiwan lain boleh lah melawat ke:
SG BULUH FARM, JW LIVESTOCK SDN BHD,Lot 115-F,Kg Melayu Sg Buloh, Selangor. tel-0361569383, hp-0122029498 hj zulkhairi
Bukan sahaja haiwan anda boleh perolehi disini, anda juga boleh mendapat khidmat nasihat dari beliau, seandainya mempunyai minat didalam bidang ternakan haiwan ini
Tags: kambing, lembu, menternak, panduan, usahawan
Posted in usahawan | No Comments »
Tuesday, September 25th, 2007
Kopi adalah salah satu minuman kegemaran orang di Malaysia, termasuklah saya tetapi dalam banyak-banyak jenis kopi, kopi asli masih tetap diminum oleh semua golongan, paling mudah lihat sahaja di kedai-kedai kopi.Walaupun terdapat perlbagai jenis kopi yang telah dicampur dengan tongkat ali, ginseng, halia. Tetapi kopi asli masih utuh sehingga kini, mengapa tiba-tiba saya menulis mengenai kopi kali ini.
Sebenarnya baru-baru ini dalam bulan yang lepas iaitu ogos bulan kemerdekaan salah seorang rakan saya telah memulakan perniagaan kopi di pasar malam. Sebelum beliau ingin memberi kata noktah pada majikannya kami ada berbincang berkenaan apa agak2nya perniagaan yang kurang persaingan di pasar pagi, malam. Fikir-fikir memang tidak nampak perniagaan yang tiada persaingan, semuanya ada persaingan. Lihat saja jika menjual pakaian ada ramai yang berniaga pakaian di pasar malam, nak jual makanan begitu juga. Tetapi tidak salah jika berniaga benda yang sama sebab rezeki itu pemberian Allah, setiap orang ada rezekinya.
Tidak semena-mena rakan saya menyatakan apa kata berniaga kopi?…hmm, hah itu memang tiada persaingan terutama kopi kisar baunya yang harum( freshla katakan) memang menarik minat pada penggemar kopi. Ya memang benar amat jarang orang berniaga kopi kisar di pasar pagi/malam jika ada pun ia adalah milik bukan melayu. Anda suka minum kopi ke?
Posted in usahawan | 5 Comments »
Thursday, August 30th, 2007
Siapa alang?…bukan alang2 ya, mungkin ada yang sudah tahu dan juga tidak tahu. Beliau adalah seorang usahawan internet sepenuh masa dan sudah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini yang mana pada mula mempunyai 3 website sahaja tetapi kini sudah ada 15 website.
Kisah beliau juga telah dimuatkan di dalam Akhbar NST. Pendapatan beliau antaranya adalah melalui adsense, chitika dan pengiklanan. Untuk mendapat manfaat dari pengalaman beliau yang telah berjaya sila kunjungi www.szab.net/blog blog ini mengandungi pelbagai sumber info yang menarik dan dapat membantu kepada yang berminat untuk menimba ilmu dan memberi semangat kepada yang sedang berusaha menjadi usahawan internet
Posted in usahawan | 3 Comments »
Thursday, March 8th, 2007
Cuaca agak panas di golf club bukit kemuning, maklumlah waktu tengahari tapi memang cuaca sekarang agak panas tidak kira siang atau malam. Saya dan seorang rakan berada di golf club ni pun bukannya main golf cuma nak berjumpa seorang rakan niaga berbangsa cina, sembang-sembang niaga sambil lunch le… Apa yang hendak diperkatakan disini antara salah satu perbincangan dari pertemuan tersebut. Rakan saya ada menyatakan dia telah berbelanja sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan sesuatu projek, namun bukan semuanya mendatangkan hasil. Tetapi berbelanja untuk mendapatkan projek adalah satu perkara yang normal dan semua usahawan lain pun pasti melaluinya.
Umpama rakan bangsa cina berkata” mahu wang yang besar , perlu melabur sedikit wang dahulu”. Ini menunjukkan memang setiap usaha untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berkorban dahulu. Ok, dalam bisnes offline jumlah wang yang terpaksa dibelanjakan dalam perniagaan adalah besar nilainya, bukan rm20, rm50, rm……tetapi beribu-ribu atau pun lebih bergantung kepada sesuatu projek.
Maka saya pun membuat perbandingan antara perniagaan offline dengan perniagaan online(internet). Perniagaan online pelaburan yang dilakukan adalah kecil dan teramat - amat kecil dibandingkan dengan perniagaan offline dan boleh juga menghasilkan sejumlah wang yang banyak jika dilakukan dengan betul. Disamping itu juga dalam mencari prospek kita tidak perlu bertemu pelanggan hanya cukup sekadar melalui sebuah laman web dan segala informasi produk atau perkhidmatan yang diperlukan boleh diperoleh di situ. Ya amat mudah sekali. Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan online sendiri tetapi tidak punya ilmu janganlah segan-segan untuk melabur sedikit wang anda dengan mendalami ilmu perniagaan internet, samada dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh mereka yang professional dan juga membeli buku atau ebook yang berkaitan.
Posted in usahawan | 2 Comments »