Informasi | Motivasi | Usahawan | cari wang | tips

template percuma

May 20, 2008 – 4:01 pm | by waka

Sekiranya anda penggemar barang percuma (saya pun suka gak) terutama template percuma sila ke eblogtemplates.com, di website ini anda boleh dapatkan template untuk blog blogger atau pun wordpress, jadi jika anda masih tercari-cari dimana nak cari template percuma sila dapatkannya di eblogtemplates.com. Saya baru saja mendownload satu template dari website tersebut, dan memasangkannya pada blog blogger, nak pasang memang mudah saja, tetapi nak mengedit adsense punya la susah, banyak kali cuba, naik berpinar biji mata.

Tetapi sebenarnya tidaklah sesusah mana jika saya menyedari ada code converter yang disediakan di eblogtemplates.com. Dengan menggunakan code converter, ia akan mengubah code asal adsense kepada code yang bersesuaian yang memudahkan pemasangan code adsense ke dalam blog. Jika anda berminat dengan template percuma sila lawati eblogtemplates.com, tapi jangan lupa sign up dulu jika berminat untuk mendownload template.

Tags: , ,

duit percuma, xpayah beli apa-apa

May 14, 2008 – 5:35 pm | by waka

sesiapa yang berminat dengan duit percuma, inilah masanya hanya dengan menyebarkan laporan percuma anda sudah boleh menjana wang. Ya mudah sekali jangan tunggu lagi jom sertai. CEPAT! kerana ia terhad sehingga 30 jun sahaja, atau pun sebelum dari tarikh tersebut, klik banner di bawah

Tags: , ,

Panduan menternak kambing

May 11, 2008 – 2:35 am | by waka

Pada hari sabtu 10/05/08 saya dan seorang rakan bertemu di masjid wilayah, suasana memang sesak kerana  orang ramai mengambil kesempatan pada cuti hari sabtu untuk pergi ke MTRADE kerana expo halal (MIHAS) sedang berlangsung di sana , Tujuan kami bukan untuk pergi ke expo MIHAS tersebut, kami mepunyai agenda lain iaitu untuk bertemu dengan  seorang penternak jaya selangor 2007(kategori haiwan memakan rumput). Beliau adalah seorang penternak haiwan seperti , kambing(boer, jamnapari dan beberapa jenis lagi),lembu, ini adalah kali kedua saya melawat beliau walau tidak membeli walau sekilo daging kambing. Tetapi jika melihat dikawasan sekitar kandang yang berada di sg buloh, bukan kambing dan lembu sahaja yang ada, unta, burung unta, kuda, kijang itik juga ada.

Pada hakikatnya beliau adalah seorang arkitek tetapi disebabkan minat dengan haiwan sejak dari dahulu (no animal no life hehe), beliau bergiat di dalam bidang penternakan sehingga dinobatkan sebagai usahawan ternak berjaya 2007 untuk negeri selangor. Satu sebab lagi bidang ternakan haiwan adalah satu perniagaan yang tidak akan mati sampai bila-bila, walaupun beras naik, gula naik, tepung naik, minyak naik dan gaji tak naik. Manusia perlu makan , walau keadaan macam mana sekali pun manusia perlu makan, maka itu antara sebab bidang ternakan akan terus maju kerana permintaan sentiasa ada.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bekalan kambing hidup, kambing sembelih, lembu hidup, lembu sembelih atau haiwan-haiwan lain boleh lah melawat ke:

SG BULUH FARM, JW LIVESTOCK SDN BHD,Lot 115-F,Kg Melayu Sg Buloh, Selangor. tel-0361569383, hp-0122029498 hj zulkhairi

Bukan sahaja haiwan anda boleh perolehi disini, anda juga boleh mendapat khidmat nasihat dari beliau, seandainya mempunyai minat didalam bidang ternakan haiwan ini

Tags: , , , ,

blog chedet.com

May 7, 2008 – 6:36 am | by waka

Dunia blog semakin rancak sekarang ini, menunjukkan blog semakin berkuasa dan berleluasa penggunaannya. chedet.com adalah blog Tun Dr Mahathir yang kira masih baru dilancarkan dengan menggunakan blogger.com. Walaupun baru tetapi tengok dari post pertama sahaja lebih dari 1000 komen diterima, amat memberangsangkan. So tunggu lah lepas nih sapa lagi ahli pemimpin negara yang terkemuka nak berblog. nih url blog tersebut www.chedet.com

Tags: , ,

clickbank untuk malaysia

May 6, 2008 – 1:59 am | by waka

clikbank bukan untuk simpan duit tapi tempat buat duit. Setelah sekian lama mem ban pendaftaran akaun untuk rakyat malaysia kini clickbank telah menerima kembali rakyat malaysia menyertai mereka(xpayah dah nak register guna alamat negara lain). Clikbank adalah lubuk duit bagi penggemar affiliates untuk mempromosi produk digital, maka jangan tangguh, jangan tungu sampai esok daftar lah sekarang di www.clickbank.com

Tags: