Cara cepat dapat duit untuk pekerja makan gaji ia bukan skim cepat kaya

Kalau cepat dapat duit semua orang seronok, semua nak tahu bagaimana caranya tapi bila dah tahu tak buat dan banyak pula alasan, tapi kalau nak memancing memang kena guna umpan yang baik.

Memancing ni bukan aktiviti saya kerana saya tidak suka menunggu, memancing di pasar lebih mudah dan cepat umpan dengan duit saja:) kepada kaki pancing teruskan hobi anda kalau tiada pemancing merosot pula bisnes peralatan memancing dan kolam pancing.

Kata ahli pancing, apabila memancing gunakan umpan yang ada bau tapi bukan bau wangi, bau yang hanyir, busuk tu ikan suka dan bergantung kepada apa jenis ikan yang nak dipancing. Kenali ikan yang nak dipancing apa hobinya, kesukaannya dan tempat permainannya.

Jadi kalau nak pancing manusia, pancing dengan cerita duit, cara yang cepat dapat duit , duit sekelip mata, buat duit cara mudah dan yang lebih bagus sekali berikan duit (kanak-kanak paling untung dimusim raya dapat duit).

Kepada semua yang bekerja hujung bulan ni jangan lupa pergi ke atm bank masing-masing untuk mendapatkan duit cepat:) kepada yang masih belajar masa tu lah yang sesuai untuk dapatkan duit dari mak bapak hoho

6 comments ↓

#1 Mantra on 09.28.09 at 9:28 am

Assalamualaikum bro waka,

Saya seorang kaki pancing. Bagi saya memang seronok aktiviti. Memancing dipasar tu hobi bapak saya :)

Memang betullah pancing ni memang perlu kena umpan yang dipakai. Tapi kadang-kadang tu kalau umpan dah betul tapi “dia” tetap taknak makan jugak kita tak boleh paksa :)

#2 waka on 09.28.09 at 12:04 pm

@mantra-pancing jangan tak pancing, confirm sabar punye ni. Saya geng bapak awak lah pancing kat pasar hoho

#3 shahrul on 09.28.09 at 10:19 pm

Duit mmg selalu jd umpan manusia.

#4 jeman on 09.28.09 at 10:32 pm

dulu sebelum kahwin pun aku rajin memancing(tapi bukan kaki ye) tp bila dah berumahtangga ni….nak pegang joran pun tak sempat….banyak benda lain kena buat. ditambah lagi bila dah terlibat dengan alam siber nih….keh3

#5 Pemburu Impian on 10.01.09 at 5:34 am

Assalamualaikum Tuan,

Si pemancing mahu ikan, si ikan mahu cacing, walau si pemancing tidak suka ikan, tetapi perlu ada cacing untuk mendapat ikan.

Kita mahu prospek, prospek mahu duit, walau kita tidak suka duit, tetapi perlu ada duit untuk mendapat prospek.

Apa kesimpulannya?

Duit adalah alat bukan maksud.

Salam ceria & inspirasi

Fathuri

#6 Mantra on 10.04.09 at 11:36 am

Salam,

Betul tu Pemburu Impian.

Saya pernah dengar satu kata-kata dari hartawan sewaktu zaman nabi tetapi saya tak ingat siapa. Kata-kata nya begini

“Duit ini ibarat janggut. Hari ini kita cukur, esok dia tumbuh balik”

Jadi jangan takut untuk membelanjakan duit kepada sesuatu kebaikan. Asalkan anda tidak boros…

Leave a Comment