Entries Tagged 'berita' ↓

pesanan pengetua sekolah tahun 2010

bas-sekolahHari isnin, hari permulaan sekolah untuk tahun 2010, hari penuh bermakna khusus kepada kanak-kanak  yang baru memasuki alam persekolahan, hari bermula cabaran baru untuk menjadi lebih berdikari dan belajar secara formal dan belajar secara tidak formal.

“kita naik motor ye, senang mudah dan pantas”
Setelah menempatkan anak di dalam kelas darjah 1, saya beredar dan hanya memerhati sekali sekala dari jauh, sementara menunggu perhimpunan sekolah dan seterusnya pulang.” irfan, belajarlah untuk berdikari“.

Dalam suasana sibuk dan ceria di sekolah, saya teringatkan kata-kata pengetua sekolah pada hari pendaftaran pada hari sabtu yang lalu.

Pesanan pengetua untuk ibubapa dan para hadirin

” Usah risau dengan anak-anak, kami di sekolah bertanggung jawab ke atas anak-anak ini, jadi tidak perlu menunggu anak sewaktu hari persekolahan. Sampai bila mahu ditatang, sampai bila mahu ditengok. Biar mereka belajar untuk berdikari, jika ada guru didalam kelas mereka belajar secara formal jika sewaktu menunggu ketibaan guru mereka tetap belajar walau bukan membaca buku”.

Saya setuju sangat dengan pesanan pengetua sekolah itu.

Antara katanya lagi yang menarik perhatian.” Jangan kata NO!, untuk merealisasikan sesuatu tiada NO“.

Kata-kata itu,

umpama palam pencucuh yang memercikkan spark di dalam ruang pembakaran enjin sebuah kereta semasa lejang mampatan dan menghasilkan satu tenaga yang berguna untuk menggerakkan kenderaan.

kata-kata itu juga boleh

diumpamakan mengores mancis ketika hose gas bocor didapur dan bakal menghasilkan kemusnahan.

Ambil yang positif

~buatlah yang patut cikgu asalkan ada manfaat, rotan jika perlu.

perbaharui lesen memandu

Ya , hari pertama pada tahun 2010, hari baru di tahun baru masihi bersama azam baru,  samada berubah atau meneruskan yang lama ia tetap baru.Berkemungkinan juga ada yang bakal menimang cahaya mata , dapat isteri , dapat rakan , dapat kerja ,berhenti atau diberhentikan kerja , boss baru dan bermacam-macam peluang bisnes baru.

apa yang pasti kesemua lesen yang dimiliki juga perlu diperbaharui samada lesen memandu,  lesen perniagaan, lesen penjaja insuran kenderaan bermotor ,termasuk juga cukai jalan,cukai pintu, cukai tanah.

Kepada pemilik website atau blog bersedia untuk renew domain dan hosting, jangan sampai terlupa nanti sayanglah pulak tiba-tiba “haa apasal hilang”. Tetapi penyedia domain dan web lebih pantas bertindak mengingatkan para pelanggannya, ya pelanggan diutamakan “tanpa pelanggan bisnes tak jalan”, 3 bulan lagi sebelum tarikh tamat, pihak penyedia domain dan hosting sudah sedia berkhidmat memberi peringatan.

Lebih baik usah ditangguhkan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

psst/ belakang parang yang diasah, hampir terbabas hari ini~

you got message

alahai..siapala massage message time subuh hening ni? aaa..apa betul ke aku tak habiskan kerja semalam, rasa dah buat memang confirm dah buat. atau adakah mungkin aku silap paham.

kes silap paham menyebabkan matapelajaran bahasa malaysia dapat 7. semua kerana “ini soalan mudah, kacang ni” rupanya perkara mudah tidak boleh diambil mudah. Kesannya terpaksa menghapi semula peperiksaan bahasa malaysia kertas julai dua kali baru dapat kredit itu pun atas pagar.

gagal  lagi kali ini sudah jam 5:40am, tetapi masih sempat. Tidak kelihatan pula superbike kawasaki hijau semalam, mungkin bersama jemaah lain agaknya.

superbike kawasaki hijau

superbike memang salah satu kenderaan yang menarik perhatian, terutama apabila ditunggang berkumpulan. Biasanya saya sering  berselisih dengan kumpulan penunggang superbike pada hari cuti hujung minggu jika saya menghala ke kuala lumpur melalui jalan ulu yam . gerombolan penunggang motorsikal berkuasa besar ini biasanya bermula dari kuala lumpur dan bergerak menuju ke genting highland.

Menurut seorang rakan pengusaha workshop membaiki motor, ” haiya maintenance tinggi wo, sekali sekala pakai boleh la, kalau hari-hari guna bikin pergi kerja, lu sakit “.

Betul juga, harga pun mahal sudah tentu maintenance pun tinggi, tetapi kalau sudah minat dan berkemampuan wajar dibeli.

Tetapi, subuh tadi sebuah superbike kawasaki hijau parking di hadapan masjid siapa tuan punya? bagus pemiliknya menggunakan kenderaan yang mahal itu untuk tujuan akhirat.

air jambu special

Setelah selesai beberapa perkara dari bandar rawang, singgah sebentar di serendah destinasi yang dituju eon bank. Berurusan di eon bank serendah memang selalunya cepat, kerana serendah hanyalah pekan kecil dan bilangan orang yang berurusan pun tidak ramai.

Setelah selesai tekak terasa dahaga pula. ” ah, ada air jambu” dah lama tengok di merata-rata tempat tapi belum pernah mencuba. Ada pelanggan, seorang kanak-kanak dan bapanya, manakala anaknya sedang memilih kuih. “bagi air jambu ya” kata bapanya. ” biasa ke special” tanya penjual. ” special macam mana” tanyanya lagi. ” biasa seringgit,special campur asam seringgit setengah ” jawab penjual.

“hmm..biasa sudahla, jangan letak ais ye”. Selesai membayar mereka pun beredar.

“Kak air jambu” kata ku. “nak letak air batu tak” tanyanya. ” tak kisah la kak , boleh la”. ” akak bagi special ya campur asam awal-awal ni takyah bayar lebih, seringgit je” katanya. “boleh je kak, rezeki jangan ditolak, terima kasih”.

sedap juga air jambu campur asam, rezeki tak siapa yang tahu, Alhamdulillah.