Entries Tagged 'duit internet' ↓
October 8th, 2009 — Uncategorized, duit internet
Panduan asas mencari ilmu percuma di internet, panduan ringkas ini bertujuan untuk memudahkan dan mengelakkan dari berlakunya ajaran sesat ketika berlegar-legar mencari maklumat yang diperlukan sahaja di internet.
Membuka internet tanpa ada tujuan yang pasti boleh merugikan masa kerana kebiasaannya apa bila membuka internet kita akan membaca, ya membaca itu bagus tetapi jika dalam seronok membaca sesuatu yang tidak begitu penting masa sudah berlalu 1 jam, rugi tu, kalau 2 jam lagi bertambah rugi. Sebelum bertambah kerugian masa mari buat perubahan sedikit dengan percuma.
Sebelum memulakan kerja mencari tidak kira apa yang anda cari samada peluang cari duit tanpa modal atau sebarang ilmu yang bermanfaat di internet, sebaiknya setkan dahulu dalam minda apa yang mahu di cari. Jika jawapan kepada soalan apa yang mahu di cari telah diperolehi mulakan dengan mencari melalui google atau yahoo, juga ia terpulang kepada kita mahu menggunakan mana-mana engine carian yang sesuai yang telah sebati dengan diri.
Sekiranya di dalam fikiran kita sudah mempunyai beberapa laman web,blog dan forum yang berkemungkinan ada jawapan yang kita cari tersebut, usah berlengah teruskan sahaja mencari maklumat di sana. Apabila maklumat yang diperlukan sudah diperolehi jangan lupa untuk bookmarks URL, ia sebagai jalan mudah mencari kembali laman web tersebut.
Selain dari itu, maklumat penting yang telah diperolehi sebaiknya di copy dan paste, gunakan kemudahan note pad yang ada dalam komputer,tujuan copy untuk memudahkan kita membaca semula tanpa online dan mengumpulkan maklumat untuk rujukan sendiri untuk lebih memahami dan tidak lagi tercari-cari pada hari lain apabila perlu.
August 14th, 2009 — duit internet
Public bank debit kad baru aje di topup, untuk nak buat satu payment di internet dengan besar hati nak buat payment guna debit kad tetapi fail, sistem ada masalah , alternatif lain adalah guna akaun paypal hehe selamat tapi ada masalah pulak, nak add fund tapi untuk akaun bank amerika sahaja…hah , macam mana nak add fund nih kalau duduk di amerika tak pelah, pusing kepala juga cari jalan bagaimana nak beli produk guna paypal. Tetapi setelah berusaha klik sana klik sini baca itu ini rupanya mudah sahaja. tapi berpinar la mata dulu.
Hanya untuk akaun paypal yang sudah verify sahaja, saya verify guna debit kad pada zaman pemerintahan paklah. Caranya pergi ke website yang kita nak buat pembelian klik pada cara pembayaran, pilih bayar guna paypal dan isi maklumat yang diperlukan, dan bayar - payment settle. Bila login website paypal transaksi pembayaran telah berlaku dan balance negetif USD kira berhutang dengan paypal la dan hutang tersebut akan dibayar oleh kad debit secara automatik. Jadi nanti dapatla debit kad statement pembayaran online dipaypal. Mudah sungguh jika nak menghabiskan duit, Paypal memudahkan urusan niaga mudah dan senang. Jika belum ada akaun paypal buat sekarang klik di sini.
January 18th, 2009 — duit internet, ternakan
Sham atau shamsuriyadi penulis ebook rajaadsense baru saja melancaran produk terbaru beliau iaitu buku digital atau lebih popular dengan panggilan ebook bertajuk 101 idea perniagaan internet. Sebuah ebook yang dihasilkan bertujuan membantu mereka yang masih tercari-cari atau tidak tahu nak memulakan sebarang perniagaan di internet, tapi ada juga orang cakap jika membantu sepatutnye percuma, hehe. Jika mahu yang percuma untuk memulakan perniagaan internet ada, cuma perlu lebih rajin mencari info percuma di internet tetapi tanpa disedari sebenarnya ia bukan percuma jika masa mencari informasi di convert kepada wang.
Mencari info memerlukan masa dan banyak masa yang perlu dihabiskan bukan sehari, dua hari malah lebih dari itu, terutama jika masih baru berkenalan dengan dunia internet. Tanpa sebarang panduan mungkin boleh menyesatkan, sesat di internet lebih mudah berlaku dari sesat di kuala lumpur. lagu M nasir
sesat di kuala lumpur..
dosa pahala bercampur..
tapi kita perlu hidup..
Tanpa panduan kita boleh sesat, betul ke… Continue reading →
December 11th, 2008 — duit internet
Semakin hari semakin bertambah jumlah ebook baru yang terdapat dipasaran internet, ia juga adalah satu perkembangan yang sihat jika dilihat dari sudut positif, kerana ia menunjukkan ramai rakyat malaysia kini sudah celik dan pandai menulis ebook sendiri. Cara yang mudah untuk menghasilkan buku sendiri sendiri adalah dengan menulis buku dalam bentuk ebook. Tulis, terbitkan sendiri dan pasarkan sendiri melalui internet. Disebabkan ia adalah mudah dan kos yang sedikit maka bertaburanlah ebook-ebook baru yang dilancarkan. Sebagai pengguna pasti akan tertarik dengan ebook yang dilancarkan, tetapi ingat jangan jadi ketagih membeli disebabkan oleh ayat-ayat iklan yang menghairahkan kerana ebook yang dijual selalunya mempunyai ayat-ayat power yang menarik dan penyebab pengguna tidak tidur malam jika tidak membeli.
Tugas penjual memanglah untuk menarik pembeli, itu memang tidak boleh dinafikan, jika tiada pembeli tidak bermakna sesuatu produk itu walau ia berkualiti. Tugas pengguna adalah membeli, disamping mendapat ilmu pengetahuan ia dapat juga merangsang ekonomi, cuma jadilah pengguna yang bijak beli ebook berpandu kepada kepentingan sendiri bukan kerana terpengaruh dengan ayat-ayat power yang ditulis oleh penulis ebook sahaja. Apabila membeli ebook kerana terpengaruh dengan ayat-ayat power tersebut akan menyebabkan anda terlupa pada satu masa jumlah ebook yang dibeli sudah terlalu banyak dan load info sehingga menyebabkan kegiatan utama anda hanyalah membaca ebook. Jadi bilakah masa untuk mengaplikasikan info yang diberi dari ebook yang telah dibeli? jika asyik sibuk membaca buku2 baru dalam satu masa yang singkat.
Boleh membeli, tetapi rancang pembelian, lihat bajet kewangan, lihat kepentingan ebook tersebut kepada anda.
Selamat membeli, pembeli perangsang ekonomi.
November 21st, 2008 — berita, duit internet
Jangan tak percaya, download segera ia percuma sementara pemiliknya belum mengubah fikiran. Sewaktu melakukan pembersihan kotak emel, saya telah tertarik dengan satu emel dan menyebabkan saya membuka emel tersebut, ternyata ia satu emel yang memberi manfaat kepada saya tentang produk yang begitu bernilai ini tetapi ditawarkan secara percuma sekarang. Ianya adalah produk yang akan membantu anda memiliki Laman Web, Surat Jualan,Grafik dan E-cover.Kini anda tidak perlu lagi membazirkan masa berjam-jam untuk menyiapkan sebuah laman web minisite beserta grafik dan e-cover yang menarik.Lebih menarik lagi ianya disertakan lesen Master Resale Rights. Ini bermakna anda boleh menjual produk ini dan keuntungannya 100% milik anda.
Jadi jangan berlengah lagi sebelum tawaran ini ditutup. Anda boleh download semua produk ni secara PERCUMA sekarang di sini