Entries Tagged 'Jana wang GDI' ↓
January 22nd, 2010 — Jana wang GDI
“Kena cari orang ke? ”
Antara soalan berkaitan dengan perniagaan gdi yang bermain di minda dan diluahkan melalui kata-kata penanya. Ya betul gdi adalah perniagaan cari orang. Umumnya semua perniagaan memang memerlukan orang untuk berlakunya transaksi, berlakunya jual beli.
“cari orang tu yang susah”
Cari orang untuk mempromosikan perniagaan ini tidak susah asalkan rajin walaupun malas, caranya adalah mempromosi melalui internet, gunakan tool emel invitation yang disediakan oleh gdi, hantar semaksima yang boleh setiap hari. tool sudah disediakan usah sia-siakan asalkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh gdi.
tetapi jika rasa susah juga gunakan sahaja autoresponder yang berkualiti seperti aweber. menggunakan autoresponder untuk mempromosi memang memudahkan tetapi perlu mengeluarkan kos. Jika ada bajet untuk itu , wajar digunakan. Dalam perniagaan untuk berkembang hanya ada dua cara sahaja. cara percuma-perlu kerja lebih dan memakan masa. cara berbayar-kurang kerja keluarkan duit.
Kedua-dua cara sama sahaja tujuannya iaitu untuk mengembangkan perniagaan.
cari orang tidak susah, cuma untuk mendapatkan prospek yang betul-betul berminat itu memerlukan masa. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa, ia adalah biasa dan orang yang berjaya juga melaluinya.
“Belum ada satu perniagaan pun yang berjaya menambat hati semua orang yang diberitahu”
“kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
Perniagaan adalah satu yang subjektif, ada orang hari ini buat bisnes hari ini juga dapat pelanggan, ada orang hari ini buat bisnes bulan depan baru dapat pelanggan. Mengapa ia berlaku? mesti ada sebabnya. Wajar difikir..ambil kertas dan pen jika perlu.
January 20th, 2010 — Jana wang GDI, video
December 26th, 2009 — Jana wang GDI
Perniagaan internet adalah perniagaan yang memerlukan kos yang kecil. Dengan modal kurang dari rm50 sebulan perniagaan ini sudah boleh dimulakan.
Perniagaan yang bermodal kecil tidak bermaksud untungnya juga kecil, manakala perniagaan besar tidak bermaksud untungnya juga besar. Perniagaan internet sesuai untuk dicuba khusus kepada yang ada cita-cita serta ada kemahuan untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Apa yang menariknya dengan melakukan perniagaan internet kejadian muflis tidak akan berlaku. Ada seorang rakan saya bertanya ” kau tak mahu berniaga ke”, “adalah berniaga sikit-sikit kat internet” jawab saya. “Eh , kau pun nak jadi macam kawan kita sorang tu ke, niaga internet rugi rm20,ooo” kata beliau”. saya pun berkata” kalau berniaga di internet ni, modal modal tak sampai rm1000, malah rm500 setahun pun dah boleh jika betul takde duit, ni sure masuk pelaburan skim cepat kaya ni” jawab saya.
berbalik kepada modal, jika betul tiada modal untuk memulakan perniagaan internet, dimana nak cari modal tersebut.
1. wang ASB - jika ada
2. wang simpanan - jika ada
3. sijil simpanan premium BSN - jika ada
4. duit kerja lebih masa - jika ada
5. duit bonus - jika ada
6. duit gaji kerja part time - jika buat
7. duit belanja suami beri - simpan sikit untuk modal
8. duit belanja ibu bapa beri - simpan sedikit untuk modal
9. kongsi dengan kawan buat bisnes internet - jimat kos
10. tertib berbelanja
Disebabkan ada pelbagai jenis perniagaanyang boleh dilakukan menerusi internet, pilih yang sesuai untuk dilakukan mengikut kesesuaian dan tujuan untuk mendapat wang menambah pendapatan atau pun sebagai residual income
December 18th, 2009 — Jana wang GDI
Cabaran adalah satu perkara yang sentiasa ada walau apa juga bidang yang kita lakukan. Tidak kira apa juga bidang pekerjaan samada bekerja sendiri dari rumah atau bekerja dengan majikan.
Antara cabaran bekerja dari rumah terutama kepada yang sudah berumah tangga:), cabaran menghadapi karenah anak-anak kecil jika seorang mungkin tidak sukar, jika ada 4. ada macam-macam karenah. bermula dari celik mata sehingga sudah tidur. baru sahaja nak memulakan sesuatu yang dirancang, ada sahaja order tidak kira anak atau isteri atau suami.
Manakala cabaran sebagai pekerja, untuk menyiapkan satu-satu tugasan yang perlu diselesaikan. ada sahaja gangguan samada panggilan talifon, sms dari rakan, teman wanita atau isteri, mesyuarat, karenah boss , masalah orang bawahan dan pelbagai. Tambahan pula jika anda bekerja tetapi melakukan perniagaan sendiri untuk menambah pendapatan atau sudah tentu bertambah cabarannya.
Untuk mencapai matlamat bersabarlah menangani cabaran, dan mintalah pertolongan dariNya insyaAllah pasti ada jalan. Sebagai mana sahabat saya seorang yang berjiwa hebat yang suka dengan cabaran untuk berjaya. Beliau bermula dari zero, tetapi sudah membuat jalan kejayaan sedikit demi sedikit dan boleh dicontohi. Untuk bertemu beliau klik disini.
memetik kata seseorang tauke “mau masuk hutan, bikin jalan dulu maa” buat jalan dulu.
Andai kita tidak banyak masa, tetapi mahu mengusahakan perniagaan sendiri walau kecil tetapi pulangannya hebat, carilah waktu yang sesuai untuk melakukannya, walau dipenuhi kesibukan mesti ada celahan masa untuk mengusahakan walau hanya ada masa terluang sehari sejam.
Masa itu jika di cari pasti akan terjumpa asalkan mengubah kebiasaan. Untuk mengubah kebiasaan memang agak sukar tetapi boleh dan memakan masa, yang pentinga mahu dan sabar.
( Nak siapkan post ini tidak kurang 10 cabaran dari anak dan isteri:) sabar, sabar)
Sekiranya anda ada pandangan sila berikan komen.
September 16th, 2009 — Jana wang GDI, produk fizikal, video
Bekerja makan gaji untuk sara hidup, tetapi ada juga yang boleh menjadikannya lebih dari sara hidup, terdapat juga golongan yang berjaya menjadikan ia sebagai kebebasan kewangan tetapi kecil bilangannya. Terhad kepada golongan yang berpendapatan tinggi sahaja.
Bagaimana pula golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana? Walhal kebebasan kewangan adalah milik semua orang yang di hatinya ada impian mahukan kebebasan kewangan.Untuk itu mesti memikirkan sesuatu untuk keluar mendapatkan kebebasan kewangan.
Langkah untuk mencapai kebebasan kewangan adalah berniaga, tetapi bukan semua berkemampuan untuk berniaga kerana dalam perniagaan memerlukan kekuatan dari segi mental, fizikal dan kewangan. Dalam perniagaan memerlukan kesabaran yang tinggi, jauh berbeza dengan makan gaji.
Tetapi jangan takut, masih banyak peluang untuk mencapai kebebasan kewangan, ini bukan zaman datuk nenek kita dahulu, kalau nak senang kena keluar tenaga, keluar rumah. Sekarang kalau nak senang duduk di rumah pun boleh boleh senang asal ada impian dan berusaha merealisasikannya.
Bak kata seorang rakan saya yang telah berjaya merealisasikan impian melalui MLM konvensional.
Hidup mesti ada impian, impian mahu berubah untuk berjaya,nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya, kalau tak tahu cara nak berjaya masuk je MLM, tapi kena rajin sekolah malam la, kalau tidak tak ke mana
Tetapi kini tanpa sekolah malam pun boleh berjaya, tanpa susah-susah keluar rumah cara yang paling mudah adalah GDI. Nak buat cara konvensional boleh cara online pun boleh, ikut suka yang mana suka.
Nak cuba? Percuma selama 7 hari, boleh batal jika tidak sesuai dengan naluri. Dalam tempoh 7 hari boleh mencuba segala kelengkapan merealisaikan impian yang telah disediakan, cuba dulu baru tahu.
Untuk mendaftar klik di sini