Jika anda baru menceburi perniagaan internet , kad kredit adalah satu keperluan tetapi sekiranya anda belum layak memiliki kad kredit, kad debit adalah pilihan yang terbaik. Memiliki kad debit tidaklah sesukar mana, kelebihan memiliki kad debit akan memudahkan urus niaga di internet terutama untuk membeli atau mendaftar sesuatu program dari luar negara.
Dari pengalaman saya kad debit public bank paling mudah kerana saya telah menggunakannya selama lebih 2 tahun tanpa sebarang masalah untuk melakukan transaksi online luar negara.Sekiranya public bank bukan pilihan anda boleh mencuba menggunakan kad debit ambank, eonbank dan maybank untuk lebih kepastian tentang kad debit ini sebaiknya tanya dahulu pada pihak bank sebelum mendaftar untuk memiliki kad debit
Sekiranya anda sudah mempunyai kad debit visa maybank tetapi menghadapi masalah semasa melakukan transaksi online, apa yang perlu dilakukan adalah:
Login akaun kad debit anda, pergi bahagian “utilities” klik “maybankard secure online” dan isi maklumat yang diperlukan dan submit. hubungi bank untuk sebarang pertanyaan untuk lebih kepastian.
Bina pendapatan online berterusan profits calculator trial free
Jika disebut kad hutang bunyinya tidak enak di dengar “jangan sebut kuat-kuat malu la”, tapi jika sebut kad kredit oohh ” eh kalau takda kad kredit tak gempak la, kau ada berapa kad? satu jer! aku ada 5 kad senang nak belanja”.
Ohoho…awas jika berseronok dengan kad kredit. Jika sudah ada kad kredit gunakan sebaiknya mengikut niat awal sebelum mendaftar sebagai pengguna kad kredit.
Tujuan memiliki kad kredit sudah tentu untuk menyelesaikan masalah kewangan apabila terdesak dan bukan sebagai alat untuk kebebasan kewangan. Cuba lihat kembali kemanakan wang kad kredit dibelanjakan, adakah digunakan di tempat yang sebetulnya atau sekadar memudahkan cara untuk berbelanja dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Sebelum mendaftar sebagai pengguna kad kredit adalah sebaiknya berfikir, adakah ia satu alat yang betul-betul diperlukan. Ada yang kata “rugi jika tak ada kad kredit, senang dapat loan percuma tak payah susah-susah pinjam kawan”.
Waktu sukar dan sesak sebenarnya bukan setiap hari, ia akan berlaku dan pasti berlaku bila di mana tidak diketahui. Dengan melakukan tabiat simpan sebahagian wang, masalah diwaktu sukar dan sesak boleh diselesaikan tanpa hutang yang tidak sepatutnya.
Dulu saya juga pengguna kad kredit, dalam berjaga-jaga menggunakan kad kredit dalam tempoh 5 tahun rm20,000 jumlah terkumpul sudah dibelanjakan, tapi kemana leburnya bermula dari itu kesemua saki baki hutang diselesaikan dalam setahun dan bebas dari sebarang kad kredit huh lega!.
Tapi kini kad debit yang ada dalam dompet untuk memudahkan urusan di internet, samada untuk membeli dan mendaftar.
Kepada pengguna kad kredit berhemah tahniah, kepada yang kadang-kadang tergelincir dan kerap tergelincir berhati-hati lah ketika memandu kad kredit.