Entries Tagged 'kesihatan' ↓

Cara cepat dapat duit untuk pekerja makan gaji ia bukan skim cepat kaya

Kalau cepat dapat duit semua orang seronok, semua nak tahu bagaimana caranya tapi bila dah tahu tak buat dan banyak pula alasan, tapi kalau nak memancing memang kena guna umpan yang baik.

Memancing ni bukan aktiviti saya kerana saya tidak suka menunggu, memancing di pasar lebih mudah dan cepat umpan dengan duit saja:) kepada kaki pancing teruskan hobi anda kalau tiada pemancing merosot pula bisnes peralatan memancing dan kolam pancing.

Kata ahli pancing, apabila memancing gunakan umpan yang ada bau tapi bukan bau wangi, bau yang hanyir, busuk tu ikan suka dan bergantung kepada apa jenis ikan yang nak dipancing. Kenali ikan yang nak dipancing apa hobinya, kesukaannya dan tempat permainannya.

Jadi kalau nak pancing manusia, pancing dengan cerita duit, cara yang cepat dapat duit , duit sekelip mata, buat duit cara mudah dan yang lebih bagus sekali berikan duit (kanak-kanak paling untung dimusim raya dapat duit).

Kepada semua yang bekerja hujung bulan ni jangan lupa pergi ke atm bank masing-masing untuk mendapatkan duit cepat:) kepada yang masih belajar masa tu lah yang sesuai untuk dapatkan duit dari mak bapak hoho

sakit pinggang

aduss… sakit pinggang. Bahaya nih, ini semua gara-gara rase nak buang air kecil tapi dalam hati kata kejap lagi nak tunggu kerja-kerja pindah hosting siap. Tapi inilah kesannya pinggang sakit dah 2 hari nak bergerak pun susah, bila time sakit pinggang nih teringatlah saya kepada seorang rakan yang pernah mengalami sakit pinggang. Continue reading →