Entries Tagged 'membina laman web' ↓
January 16th, 2010 — membina laman web
anda seorang usahawan atau baru nak menjadi usahawan? tidak kira apa usaha perniagaan yang sedang dilakukan samada mengusahakan perniagaan bersaiz kecil mahu pun besar, perniagaan kecil yang dilakukan dari rumah, perniagaan mlm, perniagaan internet dan mungkin juga sekadar pemandu teksi. di zaman teknologi maklumat ini, para usahawan sewajarnya punya website sendiri.
dengan adanya website, kerja untuk mempromosi perniagaan menjadi bertambah mudah , hanya perlu mempromosikan alamat url atau website anda sahaja kepada prospek, mereka mudah untuk mengetahui apa yang anda jual, mengetahui apa perkhidmatan yang ditawarkan, mengetahui peluang yang anda ingin sampaikan.
sebagai seorang usahawan sewajarnya punya website yang berdomain sendiri, bukan domain yang menumpang di blogspot atau wordpress dan juga lain-lain yang percuma di internet. bukan untuk memperkecilkan sesiapa yang menggunakan nama domain menumpang, memang di akui walaupun ada usahawan menggunakan domain menumpang tetapi mampu menjana pendapatan yang besar.
tetapi cuba bayangkan jika apabila segala usaha anda untuk memperkenalkan perniagaan kepada ramai prospek, tiba-tiba hilang begitu sahaja…tambahan pula sudah ramai orang mengetahui alamat domain yang digunakan. bukankah kesemua kerja yang dilakukan itu sia-sia sahaja. walaupun begitu anda dapat satu pelajaran baru yang tidak ternilai harganya iaitu “bahaya menggunakan domain menumpang”.
chedet bekas perdana menteri sudah merasainya apabila blog percuma beliau hilang begitu sahaja, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana beliau bukan bertujuan untuk menjana keuntungan perniagaan.
sebab seterusnya mengapa perlu menyewa tapak website. ia menunjukkan yang anda serius melakukan perniagaan, prospek anda juga berasa yakin anda seorang yang serius dan mengikuti peredaran zaman.
mungkin ada yang beranggapan susah dan tidak tahu untuk membuat website, tambahan pula tidak tahu langsung kod html, cpanel pun mungkin tidak pernah dengar, sebenarnya mudah sahaja tidaklah sesukar yang disangkakan dan tidak perlu mengambil kursus bagaimana membina website, tetapi jika mahu belajar amatlah digalakkan kerana ilmu yang bermanfaat wajar dipelajari samada berguru, bertanya rakan atau belajar melalui internet dengan percuma asalkan rajin dan sabar mencari.
untuk lebih mempercepatkan anda membina website sendiri boleh mencuba site builder gdi, dan secara automatiknya boleh menjana pendapatan secara online.
January 9th, 2010 — membina laman web
membina laman website adakalanya melecehnya kepada sesetengah orang terutama newbie, selain menggunakan software percuma yang ada di internet, gdi ada menyediakan site builder untuk membuat website.
site builder boleh juga dikatakan seperti website express kerana sebaik sahaja mendaftar di gdi dengan mengisi maklumat yang diperlukan kita boleh terus sahaja buat website, memang express.
Kelebihan menggunakan site builder, pengguna tidak perlu menggunakan ftp untuk upload file. kita hanya perlu pilih template yang telah disediakan , apabila sudah berpuashati terus bina page.taip apa yang kita mahukan jika perlu boleh masukkan gambar, form feedback , guest form kesemuanya ada di site builder gdi.
Setelah siap kesemuanya dan berpuas hati boleh terus promote website , memang express.
Dengan adanya site builder kerja membuat website menjadi lebih cepat, terutama kepada yang baru nak belajar dan juga kepada yang ada kekangan masa. Jika menggunakan software percuma seperti nvu kita perlu buat lebih kerja berbanding menggunakan site builder.
Mungkin kita mahu bertukar selera tidak mahu menggunakan website yang dibina dengan site builder dimasa hadapan . apa yang perlu hanya menukar ” setting” dns ke “basic hosting” untuk membolehkan mengupload file index.html ke server gdi. setelah proses menukar setting dns ke basic hosting berjaya website yang telah dibina dengan menggunakan software percuma nvu boleh diupload ke server gdi menggunakan ftp.
website express yang dibuat menggunakan site builder, klik di sini
November 15th, 2009 — membina laman web
membuat website pada asasnya tidaklah sukar apa yang diperlukan hanyalah mendapatkan software percuma di internet, dengan memiliki software ini kerja untuk menghasilkan sebuah laman web menjadi lebih mudah. Walaupun software ini tidak sebaik dreamveaver tetapi ia sudah memadai untuk menghasilkan laman web yang pertama. Mempelajari cara membuat website adalah tidak merugikan malah ia bakal memberikan keuntungan jika mahu menjadi seorang agen pemasaran internet samada sepenuh masa atau pun sebagai menambah pendapatan yang sedia ada.
Mungkin ada yang menyatakan membina laman web memerlukan kepandaian dalam IT, tanggapan itu sebenarnya tidak benar sama sekali, sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan sudah biasa menggunakan komputer secara asas, apa yang perlu adalah membaca panduan membuat website yang disediakan dan memahami dengan sedikit waktu tanpa terburu-buru, pasti pelajaran untuk membina laman web akan dapat difahami dengan mudah.
Sortware percuma ini sesuai untuk yang mahu menjimatkan belanja dari membeli software berbayar Untuk muatturun software membina laman web percuma klik di sini.