Entries Tagged 'perniagaan' ↓

Rahsia wang pantas-masuk terus dapat hasil

Jika anda mencari rahsia wang pantas, masuk terus dapat hasil.  tidak perlu disangkal, Wang pantas bukan satu rahsia ia memang wujud. Tetapi ada syaratnya untuk berhasil iaitu pertama sekali anda perlu ada perniagaan sendiri tidak kira apa jua apa jenis perniagaan yang diusahakan.

Masuk terus dapat hasil, perkataan ini hanya untuk pemilik perniagaan/usahawan apabila ada orang masuk untuk membeli atau sertai pasti akan ada hasil. Masuk terus dapat hasil bukan perkataan yang ditujukan kepada pencari peluang, pencari peluang tidak akan terus mendapat hasil, pencari peluang juga harus melalui tempoh belajar, bagaimana, cara untuk untuk menguasai ilmu rahsia wang pantas.

Tempoh untuk menguasai adalah tidak tetap, ia hanya ditetapkan oleh pencari peluang itu sendiri. Pencari peluang mesti bertindak dengan segera mahukan wang pantas. Realitinya majoriti pencari peluang masih terus mencari peluang-peluang baru dan meninggalkan peluang yang terdahulu kerana terpengaruh dengan peluang yang terkini dan baru. Bukan salah untuk mencari peluang baru malah ia adalah harus dilakukan asalkan peluang yang terdahulu sudah diteroka sepenuhnya dan membuahkan hasil yang lumayan mengikut ketetapan yang dimahukan.

pesanan pengetua sekolah tahun 2010

bas-sekolahHari isnin, hari permulaan sekolah untuk tahun 2010, hari penuh bermakna khusus kepada kanak-kanak  yang baru memasuki alam persekolahan, hari bermula cabaran baru untuk menjadi lebih berdikari dan belajar secara formal dan belajar secara tidak formal.

“kita naik motor ye, senang mudah dan pantas”
Setelah menempatkan anak di dalam kelas darjah 1, saya beredar dan hanya memerhati sekali sekala dari jauh, sementara menunggu perhimpunan sekolah dan seterusnya pulang.” irfan, belajarlah untuk berdikari“.

Dalam suasana sibuk dan ceria di sekolah, saya teringatkan kata-kata pengetua sekolah pada hari pendaftaran pada hari sabtu yang lalu.

Pesanan pengetua untuk ibubapa dan para hadirin

” Usah risau dengan anak-anak, kami di sekolah bertanggung jawab ke atas anak-anak ini, jadi tidak perlu menunggu anak sewaktu hari persekolahan. Sampai bila mahu ditatang, sampai bila mahu ditengok. Biar mereka belajar untuk berdikari, jika ada guru didalam kelas mereka belajar secara formal jika sewaktu menunggu ketibaan guru mereka tetap belajar walau bukan membaca buku”.

Saya setuju sangat dengan pesanan pengetua sekolah itu.

Antara katanya lagi yang menarik perhatian.” Jangan kata NO!, untuk merealisasikan sesuatu tiada NO“.

Kata-kata itu,

umpama palam pencucuh yang memercikkan spark di dalam ruang pembakaran enjin sebuah kereta semasa lejang mampatan dan menghasilkan satu tenaga yang berguna untuk menggerakkan kenderaan.

kata-kata itu juga boleh

diumpamakan mengores mancis ketika hose gas bocor didapur dan bakal menghasilkan kemusnahan.

Ambil yang positif

~buatlah yang patut cikgu asalkan ada manfaat, rotan jika perlu.

Tabahnya usahawan wanita

Jamuan rumah terbuka masih lagi berleluasa sepanjang bulan syawal, dan malam tadi saya menghadiri rumah terbuka  di sebuah bandar yang terkenal dengan masalah traffik sesak iaitu bandar rawang . Malaysia memang kaya dengan majlis makan-makan jadi bagaimana nak jaga makan kepada yang jaga badan, itulah ujian  hmmm kalau tak makan tak patut, jadi makanlah sebanyaknya dan berhenti sebelum kenyang.

kangaru

Selain dapat  menikmati  makan percuma yang enak, rakan saya memperkenalkan salah seorang tetamu yang hadir adalah seorang seorang usahawan wanita yang belum popular serta tidak bergaya hebat. Saya di fahamkan oleh rakan saya bahawa wanita itu mempunyai seorang anak gadis yang istimewa berumur 19 tahun yang tidak berupaya mengurus diri dan makan hanya melalui tiub. Disebabkan tuntutan mencari rezeki untuk menyara hidup, beliau terpaksa membawa anak istimewa kemana sahaja sewaktu menjalankan kegiatan mengembangkan perniagaannya. Walaupun sukar tetapi terus berusaha dengan tekun, dengan harapan boleh mengubah kehidupan. Begitu tabah usahawan wanita, masalah bukan penghalang untuk terus memburu impian.

Sebelum pulang rakan saya mengingatkan “malam esok ada kambing golek , datang la” ish-ish makan lagi, murah rezeki Alhamdulillah.

Rezeki Ramadhan hampir tiba..puasa

Bulan sya’ban sudah di pertengahan dan tidak lama lagi ramadhan bakal menjelang, jika pada bulan sya’ban umat islam digalakkan berpuasa sunat. Di bulan ramadhan diwajibkan berpuasa kepada semua umat islam kecuali mereka yang dibolehkan tidak berpuasa dan tidak kurang juga yang dapat penyakit gastrik di bulan puasa.

Pada umumnya di bulan puasa kebanyakan peniaga makanan akan menutup perniagaan pada siang hari. Tetapi kedai mamak macam biasala buka siang malam, perniagaan yang paling top di bulan puasa adalah berniaga di bazar ramadhan, dari hujung kehujung, dari kanan ke kiri semuanya makanan semuanya sedap. Rezeki peniaga makanan di bulan ramadhan kepada peniaga makanan, walau pun tidak berniaga diwaktu siang( pagi ) rezeki masuk diwaktu petang, itulah rezeki.

Ada satu cerita pasal peniaga bazar ramadhan ni, saya pun tak tahu sebelum ni, cuma baru-baru ni bersembang dengan seorang rakan niaga yang menjalankan perniagaan makanan, beliau menyatakan bahawa memang berniaga dibulan puasa untung berlipat-lipat, rakan beliau setiap tahun mendapat untung tidak kurang rm24k sebulan, bersih punya untung setelah ditolak, tolak,tolak…untung rm24k.

Tetapi hasil untung itu sekadar boleh bertahan 3 bulan sahaja dan tidak tahu kemana perginya…muskil betul. Soalan mudah…puasa x dibulan ramadhan…”tidak puasa”. Itulah kerana mengejar duit sampai puasa pun tidak, memang untung wang tapi sekejap, maksudnya tiada guna wang yang banyak jika ibadat pun lebur dan akhirnya wang pun lebur.

Fikir-fikirkanlah.

Wang VSS buat projek pertanian

Pertanian adalah satu cabang perniagaan, dan memang menguntungkan.Ramai usahawan-usahawan pertanian telah berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hasil pertanian yang dilaksanakan. Sekiranya anda teruja dengan kejayaan para usahawan pertanian yang telah berjaya, mungkin ada terdetik dihati ingin mencuba terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang sedang merudum.

Tambahan pula dengan sektor industri yang mula membuang pekerja, jika dapat wang VSS boleh juga digunakan untuk kegiatan pertanian. Tetapi sebelum gelap mata untuk membelanjakan wang skim VSS untuk menjalankan projek pertanian, adalah sebaiknya berfikir , belajar dan buat kaji selidik dahulu sebelum terjun supaya tidak jadi seperti si luncai terjun bersama labu-labunya.

Bukan sahaja perlu buat kaji selidik tentang tanaman pertanian tetapi tentang pengurusan wang, cash flow juga amat penting kerana tanpa pengurusan wang yang betul wang yang banyak boleh habis begitu saja umpama menanam wang. Ini kerana pertanian bukanlah kerja yang mudah ia memerlukan pengorbanan wang, tenaga dan masa. Tetapi jika sekadar buat pertanian di belakang rumah itu tidak menjadi soal samada untung atau rugi.

Sebelum memulakan pastikan dahulu dalam diri ada minat yang mendalam, jika sekadar untuk mencuba nasib elok dibelanjakan wang ke tempat lain yang boleh memberi manfaat. Kecuali anda mencuba mencari pendapatan melalui internet, ia boleh dicuba bila-bila masa sahaja kerana risiko rendah tanpa menunggu wang skim VSS anda boleh memulakannya. Tulisan ini bukan untuk mematahkan semangat untuk menjadi usahawan tani tetapi jadikan ia sebagai panduan untuk menjadi lebih berhati-hati serta cari sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan untuk memastikan usaha yang bakal dilaksanakan tidak menjadi sia-sia.