Dari perbualan telepon minggu lepas dari rakan, berkemungkinan besar projek tanaman jagung yang terbengkalai akan diteruskan semula. sekiranya pihak yang terlibat setuju untuk membeli secara pukal.
“hang puat apa sekarang? ”
“jaga anak la , sepenuh masa”
“aii..nak jadi macam paklah ka haha” (paklah-seorang rakan yang sudah lebih 3 tahun duduk rumah diam-diam tapi banyak duit)
Sekiranya sudah ada pembeli tetapi masih ada masalah besar lagi iaitu keperluan kewangan, di cadangkan agar saham atas nama aku dijual kepada seorang rakan.
“jual aje lah, lagi pun aku bukan melabur wang satu sen pun, setakat labur kuderat je, asal hang pa berjaya pun ok, paling tidak aku dapat jagung free”
selain dari menanam tanaman jagung manis sendiri, untuk mengelakkan berlakunya masalah, beliau juga telah berjaya mendapatkan pengusaha jagung lain sebagai backup.
” aku dapat dah orang yang tanam jagung, tapi takut la jugak.. takut tak larat nak kejar sana sini..umuq dah banyak”
“alah, macam tak biasa, cari la budak yang boleh dipercayai”
Beliau masih panjang umur selepas terbabit dalam kemalangan ketika memandu toyota hilux, kalau nak ikutkan kereta total lost..manusia yang di dalamnya pun wajar mengikut lojik, total lost juga…tapi masih diberi kesempatan.
kali kedua bersama ku…ketika menuruni bukit , terbalik kenderaan..Alhamdulillah..masih diberi kesempatan
Hari ini kita tengok video sekejap, aksi-aksi panas di tengah panas melayan traktor kubota di kebun jagung. Kalau bawak traktor dalam kebun atau ladang tak payah ada lesen memandu kerana polis dan jpj tiada, kalau nak accident pun cuma terlanggar ular, tikus atau cacing saja. Bawak traktor senang saja jika permukaan bumi rata, tetapi untuk kawasan yang berbukit adalah sukar hanya traktor kecil sahaja yang sesuai serta perlu pilot yang professional, bukan apa kawasan bukit ni memang cukup mudah nak buat aksi-aksi lasak.
Tayar hadapan traktor cukup mudah nak terangkat, boleh buat macam aksi mat rempit.
Bulan April 2009 bermulalah detik hari tanpa bekerja makan gaji bagi najib iaitu rakan saya kerana beliau telah nekad untuk berhenti bekerja dari sektor industri, beliau memilih untuk mengambil wang vss bagi memulakan sesuatu yang baru dalam hidupnya.
Namun begitu fikirannya masih kosong tidak tahu apakah yang sesuai untuk dilakukan selepas berhenti bekerja. Dengan masa percuma yang ada sekarang beliau mula merayau-rayau untuk mencari informasi apakah yang sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan baru, najib bukanlah tidak berpelajaran beliau adalah seorang yang berpendidikan dari universiti tempatan, tetapi ingin beralih arah kepada bidang yang tidak berkaitan dengan kejuruteraan. Tumpuannya kini samada untuk meneroka bidang perniagaan atau pertanian.
Baru-baru ini najib berkesempatan berjumpa saya di kebun jagung, maklumlah rakan lama sewaktu di sektor industri dahulu, waktu bekerja memang susah nak jumpa, tetapi apabila sudah berhenti bekerja makan gaji barulah ada masa nak jumpa. Dengan kesempatan tersebut najib menyuarakan hasrat hatinya untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, tetpi saya tidak begitu menyokong sebaliknya menyuruh beliau membuat analisa terlebih dahulu, berkaitan dengan kos-kos yang terlibat, pulangan semula wang modal, pemasaran,keuntungan dan kehidupan sebagai peladang.
Saya menyarankan agar mengambil sedikit masa sebelum memulakan sesuatu projek untuk mengelakkan kerugian dan saya tidak mahu wang dari skim vss beku, biar lambat tidak mengapa kerana pertanian menggunakan wang yang banyak sekiranya bermula dari kosong kecuali sudah ada kemudahan infrastruktur. Begitu juga antara persoalan yang saya kemukakan adakah beliau betul-betul berminat? minat kerana mendengar cerita-cerita indah tentang untung perniagaan pertanian adalah tidak sesuai dijadikan alasan untuk terlibat dalam pertanian. Pertanian bukan kerja mudah ia perlu titik peluh dan wang, serta pulangan keuntungan yang lambat serta penuh dengan risiko.
Bercerita tentang kesusahan bukan bermaksud untuk mematahkan semangat, tetapi untuk menjadikan beliau lebih bersedia dan berhati-hati dan kuat. Selain dari itu cara kehidupan juga perlu diubah kerana tiada jaminan wang setiap hujung bulan.
Hujan sahaja sekarang ni, tapi oklah dah diberi hujan kalau tak hujan susah pulak so terima sahajalah sebab bukan kuasa kita, kalau orang yang menjalankan kegiatan pertanian bila hujan tak payah nak siram pokok. Sementara belum hujan sempat juga pergi tengok tanaman jagung manis, ada rezeki nampaknya boleh memetik beberapa tongkol jagung manis hari ni, time hujan nanti bolehla layan jagung bakar hoho sedapp. Pokok jagung ni takde lah hebat, tak macam pokok jagung orang lain sebab tak cukup baja organik, tidak menggunakan tahi ayam, Continue reading →
Tanah tinggi Cameron Highland adalah tempat yang popular dan strategik untuk kegiatan pertanian, dengan suhu yang sudah kurang sejuk berbanding dari masa lalu ia masih lagi menjadi tempat yang strategik untuk kegiatan pertanian seperti sayuran, bunga. Kegiatan penerokaan tanah masih beroperasi seperti biasa untuk membangunkan sektor pertanian di kawasan tanah tinggi Cameron Highland.
Walaupun kesejukan semakin berkurang tetapi suasana di Cameron Highland masih lagi sesuai untuk mem “fresh” minda dengan melihat kehijauan kegiatan pertanian yang dilakukan secara besar-besaran dan sepenuh masa oleh tauke-tauke cina. Dalam hasil jalan-jalan cari makan sambil mencari ilmu secara percuma pada hari tersebut, kami sempat beramah Continue reading →