Entries Tagged 'produk fizikal' ↓

Berita baik kepada perokok tegar

Terdapat sebuah laman web yang menjual produk fizikal iaitu rokok sahaja, tak terfikirlah pula yang rokok pun boleh dijual secara online kerana rokok adalah benda yang mudah diperolehi di kedai berhampiran, lagi pun perokok jika teringin nak hisap rokok ia perlu dibeli secepat mungkin, tidak kira pukul 3 pagi asalkan ada seven eleven atau stesen minyak yang berhampiran.

Cuma apa yang pasti rokok jenama nusantara dan gudang garam tiada dalam senarai jualan di kedai rokok online ini. Post ini bukanlah untuk menggalakkan menghisap rokok, cuma tertarik dengan laman web tersebut. Walaupun produk itu boleh di dapati dengan mudah di kedai-kedai tetapi ia masih lagi dijual melalui internet, jadi kepada sesiapa yang sedang berkira-kira nak buka kedai online di internet mungkin boleh jual rokok gudang garam produk yang sedia ada di kedai-kedai asalkan ia mudah untuk di pos dan menepati syarat-syarat perkhidmatan pos.

Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

gegaran gempa bumi di malaysia

Malaysia kini mudah merasai tempias gempa bumi, jika berlaku di indonesia ada ketika malaysia merasai tempiasnya, dan baru-baru ini berlaku lagi sekali dengan tidak disangka. Kejadian berlaku sewaktu sedang melawat jenazah ibu saudara di sungai besar selangor (al-fatehah).

Gegaran kecil berlaku tetapi tidak menyangka ia nya gempa bumi kerana beranggapan rumah kayu goyang disebabkan oleh ramainya bilangan orang tetapi sebaik sahaja tiba di rumah kakak yang lebih kurang 25km dari situ ia menyatakan merasa ada berlakunya gegaran pada petang tersebut.

Setelah menonton berita dari tv3, ya benarlah berlaku kejadian gempa bumi di indonesia. Di sebabkan kejadian itu, mungkin rancangan yang telah dirancang selepas syawal bakal berubah.

Kejadian gempa bumi yang sering berlaku sehingga malaysia merasa tempiasnya menyebabkan minda teringat kepada kisah yang berlaku di fujinomia , gempa bumi adalah satu yang asing hanya sekadar mendengar cerita sahaja. Lagi pula pada waktu itu belum pernah malaysia mengalami gegaran tempias gempa bumi dan juga tsunami.

Pada satu malam yang nyaman dan dingin sedang sedap menonton cerita di televisyen tiba-tiba berlaku gegaran, oh! apa ni goyang-goyang. “Keluar!keluar! kesemua rakan-rakan bergegas keluar. Rakan yang sudah lama tinggal di situ menyatakan ini perkara biasa baru sikit .ya sikit tapi rasa  nak muntah dan takut.

Pada awalnya terfikir juga mengapa rumah yang cantik ini dibina dengan struktur keluli dan berdinding seperti asbestos (mungkin bahan lain). Ia tidak dibina dengan batu bata dan bertiang simen konkrit, rupanya ia bertujuan untuk menyerap gegaran dan mengurangkan kerosakan sekiranya berlaku gegaran gempa yang kecil.

Berniaga pasal suka duit

Pada malam menjelang raya, dalam  perjalanan ke utara negeri jelapang padi( harga beras tetap sama) saya sempat singgah sahur bertemu dengan  anak saudara(pangkat je) di kuala kangsar bandar diraja yang kebetulan dia baru tiba dari kl
Dalam kesempatan itu sempat juga bersembang tentang aktiviti perniagaan katering beliau. Katanya  walau pun sudah berniaga sejak beberapa tahun, tetapi pada ramadan kali ini adalah kali pertama di bazar ramadhan, kegiatan berniaga di bazar ramadan pun hanya di buat pada hari sabtu ahad sahaja, saja test market di bazar ramadan, katanya

Apa yang menariknya setiap kali berniaga paling lewat 630petang dan habis jualanya. Produk yang dijual hanyalah nasi briani dan lauk sahaja. Hebat la 630 petang dah balik, saya pun bertanya apa rahsianya?

Jawapan beliau,

1. Pastikan ia sedap
2. Kualiti mesti jaga
3.Harga mengikut peniaga lain - baru persaingan sihat
4.Nasi briani - tetapi tak sama dengan briani lain
5.Jadi seorang pakar

Nasi briani yang korang jual ni apa namanya, “briani bombay kerana briani stail mamak” anak saudara saya menjawab, saya pun gelak.haha, bagaimana boleh terlibat dalam perniagaan ini adakah kerana minat memasak? ohh tidak katanya, saya hanya suka duit. Punca yang boleh telibat dalam perniagaan katering kerana pada waktu-waktu sukar dahulu, sebagai pekerja biasa dan hidup di kota semuanya perlukan duit, dengan gaji yang tidak sebesar mana dan kos menampung kehidupan semakin tahun semakin meningkat tanpa ada potongan harga sebanyak 95%(ayat rekaan untuk menambah perisa). Sebagai jalan sementara untuk meleraikan masalah kewangan beliau mengambil upah dengan bekerja mencuci dan menggilap pinggan di kedai mamak apabila lepas habis waktu bekerja. Bermula dari situ ilmu masakan dipelajari ala-ala stail cerita kungfu yang bermula dengan mengangkut air (letih punya kerja).

Saya bukan nak cerita sangat pasal nak senang dengan menjual nasi briani, cuma dari cerita tersebut apa yang boleh ambil sebagai pengajaran, untuk maju dalam sesuatu mesti ada suka, usaha, sabar dan memakan masa. Apabila sudah bertemu sesuatu peluang percuma seperti di sini yang mudah  , teruskan sampai berjaya.

Kalau ada sesiapa nak mencuba nasi briani ni yang katanya sedap sangat tu boleh tengok menu di sini. Saya hanya tahu makan, asal tak terlebih garam, gula sedapla tu jadi saya tidak sesuai untuk menjadi juri penilai masakan, kalau nak tahu cuba sendiri di sini.

Jangan kunci kebebasan kewangan

Bekerja makan gaji untuk sara hidup, tetapi ada juga yang boleh menjadikannya lebih dari sara hidup, terdapat juga golongan yang berjaya menjadikan ia sebagai kebebasan kewangan tetapi  kecil bilangannya. Terhad kepada golongan yang berpendapatan tinggi sahaja.

Bagaimana pula golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana? Walhal kebebasan kewangan adalah milik semua orang yang di hatinya ada impian mahukan kebebasan kewangan.Untuk itu mesti memikirkan sesuatu untuk keluar mendapatkan kebebasan kewangan.

Langkah untuk mencapai kebebasan kewangan adalah berniaga, tetapi bukan semua berkemampuan untuk berniaga kerana dalam perniagaan memerlukan kekuatan dari segi mental, fizikal dan kewangan. Dalam perniagaan memerlukan kesabaran yang tinggi, jauh berbeza dengan makan gaji.

Tetapi jangan takut, masih banyak peluang untuk mencapai kebebasan kewangan, ini bukan zaman datuk nenek kita dahulu, kalau nak senang kena keluar tenaga, keluar rumah. Sekarang kalau nak senang duduk di rumah pun boleh boleh senang asal ada impian dan berusaha merealisasikannya.

Bak kata seorang rakan saya yang telah berjaya merealisasikan impian melalui MLM konvensional.

Hidup mesti ada impian, impian mahu berubah untuk berjaya,nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya, kalau tak tahu cara nak berjaya masuk je  MLM, tapi kena rajin sekolah malam la, kalau tidak tak ke mana

Tetapi kini tanpa sekolah malam pun boleh berjaya, tanpa susah-susah keluar rumah cara yang paling mudah adalah GDI. Nak buat cara konvensional boleh cara online pun boleh, ikut suka yang mana suka.

Nak cuba? Percuma selama 7 hari, boleh batal jika tidak sesuai dengan naluri. Dalam tempoh 7 hari boleh mencuba segala kelengkapan merealisaikan impian yang telah disediakan, cuba dulu baru tahu.

Untuk mendaftar klik di sini

menjual produk fizikal kini lebih mudah

Mudah ke menjual produk fizikal di internet? mudah kerana xpayah menunggu pelanggan macam menjual di kedai. Menjual produk fizikal secara online di internet sambil membuat kerja rutin harian anda, hoho mudah la tu, tapi bagaimana nak jual jika tidak tahu caranya. Mudah saja jangan pening-pening jika anda newbie dalam arena menjual secara online di internet kini produk terbaru di pasaran internet sebuah ebook panduan lengkap bagaimana menjual produk fizikal secara online. Dengan mendapatkan ebook ini banyak panduan-panduan bagaimana untuk menjual produk fizikal secara online, dah habis baca boleh terus mula menjual kerana info-info yang terdapat dalam ebook ini memang membimbing bagaimana untuk menjual secara online dari A sampai Z, yang penting bila baca kenalah amal baru ada hasil. Untuk tidak melengahkan masa lagi terus lawati web berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini.