Entries Tagged 'ternakan' ↓

Tabahnya usahawan wanita

Jamuan rumah terbuka masih lagi berleluasa sepanjang bulan syawal, dan malam tadi saya menghadiri rumah terbuka  di sebuah bandar yang terkenal dengan masalah traffik sesak iaitu bandar rawang . Malaysia memang kaya dengan majlis makan-makan jadi bagaimana nak jaga makan kepada yang jaga badan, itulah ujian  hmmm kalau tak makan tak patut, jadi makanlah sebanyaknya dan berhenti sebelum kenyang.

kangaru

Selain dapat  menikmati  makan percuma yang enak, rakan saya memperkenalkan salah seorang tetamu yang hadir adalah seorang seorang usahawan wanita yang belum popular serta tidak bergaya hebat. Saya di fahamkan oleh rakan saya bahawa wanita itu mempunyai seorang anak gadis yang istimewa berumur 19 tahun yang tidak berupaya mengurus diri dan makan hanya melalui tiub. Disebabkan tuntutan mencari rezeki untuk menyara hidup, beliau terpaksa membawa anak istimewa kemana sahaja sewaktu menjalankan kegiatan mengembangkan perniagaannya. Walaupun sukar tetapi terus berusaha dengan tekun, dengan harapan boleh mengubah kehidupan. Begitu tabah usahawan wanita, masalah bukan penghalang untuk terus memburu impian.

Sebelum pulang rakan saya mengingatkan “malam esok ada kambing golek , datang la” ish-ish makan lagi, murah rezeki Alhamdulillah.

101 idea perniagaan internet

Sham atau shamsuriyadi penulis ebook rajaadsense baru saja melancaran produk terbaru beliau iaitu buku digital atau lebih popular dengan panggilan ebook  bertajuk 101 idea perniagaan internet. Sebuah ebook yang dihasilkan bertujuan membantu mereka yang masih tercari-cari atau tidak tahu nak memulakan sebarang perniagaan di internet, tapi ada juga orang cakap jika membantu sepatutnye percuma, hehe. Jika mahu yang  percuma untuk memulakan perniagaan internet ada, cuma perlu lebih rajin mencari info percuma di internet tetapi tanpa disedari sebenarnya ia bukan percuma jika masa mencari informasi di convert kepada wang.

Mencari info memerlukan masa dan banyak masa yang perlu dihabiskan bukan sehari, dua hari malah lebih dari itu, terutama jika masih baru berkenalan dengan dunia internet. Tanpa sebarang panduan mungkin boleh menyesatkan, sesat di internet lebih mudah berlaku dari sesat di kuala lumpur. lagu M nasir

sesat di kuala lumpur..

dosa pahala bercampur..

tapi kita perlu hidup..

Tanpa panduan kita boleh sesat, betul ke… Continue reading →