Entries Tagged 'Uncategorized' ↓

Hebat di gelanggang

Tepukan sorakan gemuruh apabila kemunculannya, apabila melihat persembahannya fikiran penonton hanya fokus dengan kehebatannya bahkan bukan itu sahaja, ia juga menjadi buah mulut orang apabila selesai melihat persembahannya yang amat hebat dan kagum. Dengan sebab kehebatanya jugalah ramai berpusu-pusu sanggup membayar sejumlah wang demi untuk menonton persembahannya.

Bukan itu sahaja ia juga dibawa keseluruh negara dan seringkali wajah dan aksi kehebatannya muncul dikaca tv, dan juga mempunyai pengikut yang setia. Apabila kehadirannya ke sesuatu daerah sudah pasti akan di war-warkan akan kehadirannya makan para peminat dan pengikutnya akan terdorong untuk melihat kehebatannya. Tetapi walau sehebat mana pun ia, seramai mana pun peminatnya dan sebanyak mana pun negara yang telah dijejaki ia hanya hebat di gelanggang dan terpaksa mengikut arahan.

Ia memang dilahirkan hebat, tetapi tidak sehebat rakan-rakannya yang lain yang mempunyai kebebasan dan berkebolehan untuk menunjukkan kehebatan dengan cara sendiri tanpa menurut arahan sesiapa. Memang tidak diragui beliau memang hebat dari rakan-rakannya yang lain kerana ada guru yang mengajarnya, tetapi tidak punya kebebasan.

Hanya sebuah kisah gajah sarkis yang hebat tetapi terikat:)

Panduan asas mencari ilmu percuma di internet

Panduan asas mencari ilmu percuma di internet, panduan ringkas ini bertujuan untuk memudahkan dan mengelakkan dari berlakunya ajaran sesat ketika berlegar-legar mencari maklumat yang diperlukan sahaja di internet.

Membuka internet tanpa ada tujuan yang pasti boleh merugikan masa kerana kebiasaannya apa bila membuka internet kita akan membaca, ya membaca itu bagus tetapi jika dalam seronok membaca sesuatu yang tidak begitu penting masa sudah berlalu 1 jam, rugi tu, kalau 2 jam lagi bertambah rugi. Sebelum bertambah kerugian masa mari buat perubahan sedikit dengan percuma.

Sebelum memulakan kerja mencari tidak kira apa yang anda cari samada peluang cari duit tanpa modal atau sebarang ilmu yang bermanfaat  di internet, sebaiknya setkan dahulu dalam minda apa yang mahu di cari. Jika jawapan kepada soalan apa yang mahu di cari telah diperolehi mulakan dengan mencari melalui google atau yahoo, juga ia terpulang kepada kita mahu menggunakan mana-mana engine carian yang sesuai yang telah sebati dengan diri.

Sekiranya di dalam fikiran kita sudah mempunyai beberapa laman web,blog dan forum yang berkemungkinan ada jawapan yang kita cari tersebut, usah berlengah teruskan sahaja mencari maklumat di sana. Apabila maklumat yang diperlukan sudah diperolehi jangan lupa untuk bookmarks URL, ia sebagai jalan mudah mencari kembali laman web tersebut.

Selain dari itu, maklumat penting yang telah diperolehi sebaiknya di copy dan paste, gunakan kemudahan note pad yang ada dalam komputer,tujuan copy untuk memudahkan kita membaca semula tanpa online dan mengumpulkan maklumat untuk rujukan sendiri untuk lebih memahami dan tidak lagi tercari-cari pada hari lain apabila perlu.

Cara cepat dapat duit untuk pekerja makan gaji ia bukan skim cepat kaya

Kalau cepat dapat duit semua orang seronok, semua nak tahu bagaimana caranya tapi bila dah tahu tak buat dan banyak pula alasan, tapi kalau nak memancing memang kena guna umpan yang baik.

Memancing ni bukan aktiviti saya kerana saya tidak suka menunggu, memancing di pasar lebih mudah dan cepat umpan dengan duit saja:) kepada kaki pancing teruskan hobi anda kalau tiada pemancing merosot pula bisnes peralatan memancing dan kolam pancing.

Kata ahli pancing, apabila memancing gunakan umpan yang ada bau tapi bukan bau wangi, bau yang hanyir, busuk tu ikan suka dan bergantung kepada apa jenis ikan yang nak dipancing. Kenali ikan yang nak dipancing apa hobinya, kesukaannya dan tempat permainannya.

Jadi kalau nak pancing manusia, pancing dengan cerita duit, cara yang cepat dapat duit , duit sekelip mata, buat duit cara mudah dan yang lebih bagus sekali berikan duit (kanak-kanak paling untung dimusim raya dapat duit).

Kepada semua yang bekerja hujung bulan ni jangan lupa pergi ke atm bank masing-masing untuk mendapatkan duit cepat:) kepada yang masih belajar masa tu lah yang sesuai untuk dapatkan duit dari mak bapak hoho

Motorsikal pilihan rxz, ex5, modenas?

Motorsikal dan kereta merupakan kenderaan yang pasti ada di setiap rumah kediamaan samada satu atau dua dan mungkin lebih. Kalau orang muda motorsikal pilihan mungkin yamaha rxz, 125 yang jenis dua stroke kerana lebih laju dan nampak gah sikit jika orang dah berkahwin mungkin ex5, modenas kriss iaitu jenis empat stroke yang mempunyai kemudahan untuk membawa barang dan lebih utama ia lebih jimat penggunaan minyak. Dengan menggunakan motorsikal sebagai alternative pengangkutan kos belian minyak harian boleh dikurangkan walaupun harga minyak rendah berbanding dahulu.

Selain lebih jimat penggunaan motorsikal juga lebih cekap dan memendekkan masa perjalanan terutama di bandar besar seperti kuala lumpur, maklumlah kalau waktu pagi dan petang semua orang berpusu-pusu memenuhi jalan raya. Namun sebagai penunggang motorsikal pastikan cara pemanduan adalah berkhemah dan selamat kerana risiko untuk menghadapi kemalangan adalah lebih tinggi berbanding memandu kereta. Sekiranya anda sedang tercari-cari motorsikal terpakai dan mahu membeli secara terus cuba layari mudah.my mungkin ada motorsikal pilihan anda di sana