Malaysia kini mudah merasai tempias gempa bumi, jika berlaku di indonesia ada ketika malaysia merasai tempiasnya, dan baru-baru ini berlaku lagi sekali dengan tidak disangka. Kejadian berlaku sewaktu sedang melawat jenazah ibu saudara di sungai besar selangor (al-fatehah).
Gegaran kecil berlaku tetapi tidak menyangka ia nya gempa bumi kerana beranggapan rumah kayu goyang disebabkan oleh ramainya bilangan orang tetapi sebaik sahaja tiba di rumah kakak yang lebih kurang 25km dari situ ia menyatakan merasa ada berlakunya gegaran pada petang tersebut.
Setelah menonton berita dari tv3, ya benarlah berlaku kejadian gempa bumi di indonesia. Di sebabkan kejadian itu, mungkin rancangan yang telah dirancang selepas syawal bakal berubah.
Kejadian gempa bumi yang sering berlaku sehingga malaysia merasa tempiasnya menyebabkan minda teringat kepada kisah yang berlaku di fujinomia , gempa bumi adalah satu yang asing hanya sekadar mendengar cerita sahaja. Lagi pula pada waktu itu belum pernah malaysia mengalami gegaran tempias gempa bumi dan juga tsunami.
Pada satu malam yang nyaman dan dingin sedang sedap menonton cerita di televisyen tiba-tiba berlaku gegaran, oh! apa ni goyang-goyang. “Keluar!keluar! kesemua rakan-rakan bergegas keluar. Rakan yang sudah lama tinggal di situ menyatakan ini perkara biasa baru sikit .ya sikit tapi rasa nak muntah dan takut.
Pada awalnya terfikir juga mengapa rumah yang cantik ini dibina dengan struktur keluli dan berdinding seperti asbestos (mungkin bahan lain). Ia tidak dibina dengan batu bata dan bertiang simen konkrit, rupanya ia bertujuan untuk menyerap gegaran dan mengurangkan kerosakan sekiranya berlaku gegaran gempa yang kecil.


8 comments ↓
Assalalamualaikum Tuan Rumah.
Pada hari berkenaan saya juga terperangkap di dalam angin yang berpusing. Hanya mampu berdoa moga Allah panjangkan umur. Alhamdulillah.
Moga setiap kejadian yang berlaku membuat kita berazam untuk segera bangkit untuk menjadi hebat di dunia & selamat di akhirat.
Life is too short to be just an ordinary person.
Salam ceria & inspirasi.
Assalamualaikum.
Mujur takde pape kejadian tak diingini berlaku di Malaysia.
Sentiasa berwaspada…
Pertamanya terima kasih waka sudi singgah di blog Zolkie dot Com. Aku juga telah add link blog waka ke blogroll aku..semoga waka juga add link blog aku di sini ya sebagai salam persahabatan kita.
Alhamdulillah bersyukur kita kerana di Malaysia belum lagi berhadapan bencana alam sedahsyat negara-negara lain di luar sana. Tapi kita juga tidak boleh leka..kerana bila-bila masa Allah SWT berhak menurunkan bala jika kita mulai melupai Nikmat-NYA! Semoga kita sama-sama sentiasa bersyukur & tidak lupa tanggungjawap kita sebagai hamba-NYA di muka bumi bertuah ini.
Salam suksess buat waka
en.pemburu impian ada dimana pada masa tersebut? apa maksud angin yang berpusing?
@zolkie-teman udah add ur link
Bersyukur kita anak Malaysia.
Saya pun ada rasa dekat umah, umah kat Shah Alam.
Ingatkan kepala yang pening, rupanya sebab gempa bumi kat Sumatera tu.
agak jam 6.05 minit pagi, saya duduk flat guru smk taun gusi kota belud, tetiba saya rasakan kursi tmpat saya duduk bergoyang lalu saya p pegang tangan wife yg sedang berdiri utk ajak duduk utk mklumkan ada gegaran pas tu bergegarlagi utk kali kedua,. saya p kerja seperti biasa dan dengar berita mimang ada gempa berlaku d lautan pasifik pagi tu
Leave a Comment