Jika anda baru menceburi perniagaan internet , kad kredit adalah satu keperluan tetapi sekiranya anda belum layak memiliki kad kredit, kad debit adalah pilihan yang terbaik. Memiliki kad debit tidaklah sesukar mana, kelebihan memiliki kad debit akan memudahkan urus niaga di internet terutama untuk membeli atau mendaftar sesuatu program dari luar negara.
Dari pengalaman saya kad debit public bank paling mudah kerana saya telah menggunakannya selama lebih 2 tahun tanpa sebarang masalah untuk melakukan transaksi online luar negara.Sekiranya public bank bukan pilihan anda boleh mencuba menggunakan kad debit ambank, eonbank dan maybank untuk lebih kepastian tentang kad debit ini sebaiknya tanya dahulu pada pihak bank sebelum mendaftar untuk memiliki kad debit
Sekiranya anda sudah mempunyai kad debit visa maybank tetapi menghadapi masalah semasa melakukan transaksi online, apa yang perlu dilakukan adalah:
Login akaun kad debit anda, pergi bahagian “utilities” klik “maybankard secure online” dan isi maklumat yang diperlukan dan submit. hubungi bank untuk sebarang pertanyaan untuk lebih kepastian.
Bina pendapatan online berterusan profits calculator trial free


6 comments ↓
hi fren,lama x mai sini..apa kbr?
kad debit pilihan yang tepat kalau tak tahu guna kad kredit.x payah pening kepala nak ingat interest..
@donny-hai:) betul tu donny..debit memang mudah dan tiada interest. mudah buat dan mudah guna
hi,kad debit memang mudah… kad kredit memang susah..
@mancai-benar, kad debit mudah tak perlu fikir nak bayar hutang setiap bulan, kad kredit hujung bulan ingat hutang:)
Assalaamu’alaikum
SAHABAT
Walau…
Langkah tak bertemu
Tangan tak berjabat (perempuan sahaja ya)
Ucapan tak terdengar
Izinkan hati ini memohon maaf
Atas segala…..
Sikap dan lisan yang tak terjaga
Janji yang tak terkota
Hati yang kerap berprasangka (insya Allah tiada)
Sepanjang setahun perkenalan kita
Selama persahabatan kita terjalin di dunia maya
Terima kasih atas kasih sayang dalam ukhuwwah yang dicerna
Semoga kita selalu di dalam perlindungan-Nya
SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1431
Salam Awal Muharam dan salam manis dari saya di Bangi, Selangor, MALAYSIA.
#SALAM KENAL#
SITI FATIMAH AHMAD
@siti fatimah ahmad-waalaikumsalam sahabat.
semoga ditahun baru ini bakal menjadi lebih baik dan bermanfaat:)
Leave a Comment