Jika disebut kad hutang bunyinya tidak enak di dengar “jangan sebut kuat-kuat malu la”, tapi jika sebut kad kredit oohh ” eh kalau takda kad kredit tak gempak la, kau ada berapa kad? satu jer! aku ada 5 kad senang nak belanja”.
Ohoho…awas jika berseronok dengan kad kredit. Jika sudah ada kad kredit gunakan sebaiknya mengikut niat awal sebelum mendaftar sebagai pengguna kad kredit.
Tujuan memiliki kad kredit sudah tentu untuk menyelesaikan masalah kewangan apabila terdesak dan bukan sebagai alat untuk kebebasan kewangan. Cuba lihat kembali kemanakan wang kad kredit dibelanjakan, adakah digunakan di tempat yang sebetulnya atau sekadar memudahkan cara untuk berbelanja dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Sebelum mendaftar sebagai pengguna kad kredit adalah sebaiknya berfikir, adakah ia satu alat yang betul-betul diperlukan. Ada yang kata “rugi jika tak ada kad kredit, senang dapat loan percuma tak payah susah-susah pinjam kawan”.
Waktu sukar dan sesak sebenarnya bukan setiap hari, ia akan berlaku dan pasti berlaku bila di mana tidak diketahui. Dengan melakukan tabiat simpan sebahagian wang, masalah diwaktu sukar dan sesak boleh diselesaikan tanpa hutang yang tidak sepatutnya.
Dulu saya juga pengguna kad kredit, dalam berjaga-jaga menggunakan kad kredit dalam tempoh 5 tahun rm20,000 jumlah terkumpul sudah dibelanjakan, tapi kemana leburnya bermula dari itu kesemua saki baki hutang diselesaikan dalam setahun dan bebas dari sebarang kad kredit huh lega!.
Tapi kini kad debit yang ada dalam dompet untuk memudahkan urusan di internet, samada untuk membeli dan mendaftar.
Kepada pengguna kad kredit berhemah tahniah, kepada yang kadang-kadang tergelincir dan kerap tergelincir berhati-hati lah ketika memandu kad kredit.


6 comments ↓
Assalamualaikum Tuan rumah,
Entry di atas memang menarik. Menarik kerana boleh dikatakan majoriti memilikinya. Ada yang berbangga dengan silver, gold & platinum. Malah segelintir golongan pula berbangga dengan “black” card (special card untuk golongan mempunyai cash RM1juta?)
Kredit kad memang membantu jika kreatif menggunakannya(kata mereka yang mengguna) Tambahan pula dengan kemajuan perkembangan IT yang mana hampir 90 % transaksi dilakukan secara online.
Sayangnya jika sekadar mempunyai kredit kad, tetapi tidak dimanfaatkan pada sesuatu yang berpotensi memberi pulangan berganda.
Bagaimana kalau saya cadangkan cuba manupulasi kredit kad itu dengan membina perniagaan ini…http://fathuri.com/income/
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
yes kad kredit ni memang merbahaya bagi sesiapa yang ‘bernafsu besar’ tapi cukup berguna bagi yang tahu manage ‘nafsu’ sendiri. jadi,berhati2 lah
Saya lihat ramai orang yang mempunyai msalah hutang yang banyak dengan kad kredit. So saya rasa macam cuba juga nak elak. Tetapi zaman sekarang ni macam susah je tak pakai kad kredit kan…
Jika sudah tahu diri alah dengan duit, lebih baik jangan pakai kad kredit. Mungkin kad debit lebih baik. Bahaya banyak hutang. Susah nak bayar. Bila dah ada keluarga lagilah susah nak bayar.
Sebenarnya kad kredit ni la yang membuatkan orang-orang muda bankrap. Kerajaan pun tak suka penggunaan kad kredit ni.Interest kena bayar setiap bulan..monthly compoud tu…kalau tak bayar makin-makin bertambahlah..sebelum menggunakan kad kredit tu kena tahu polisi diorang dulu..takut nanti tak boleh bayar pulak…Kalau rasa tak mampu tu tak payah guna kad kredit..bersyukur la gaji y ada tu
kalau rasa boleh jaga nafsu sila pakai, jika rasa tak boleh kawal nafsu guna debit kad
Leave a Comment