Kamera digital adalah salah satu gadget yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Dengan mempunyai sebuah kamera digital bukan sahaja memudahkan untuk merakam gambar malah ia juga boleh digunakan untuk merakam perbualan dan juga membuat rakaman video, bergantung kepada jenis dan kebolehan yang terdapat pada sesebuah kamera digital.
Jika kita merasakan kamera digital adalah satu yang penting sebagai alat untuk merakam sesuatu peristiwa maka perlulah ia dijaga dengan baik dan selamat. Sedikit tips untuk menjadikan kamera digital sentiasa bersedia untuk digunakan dan langkah mudah penjagaan untuk memanjangkan jangka hayat kamera digital
1. Pastikan bateri sentiasa full charge, jika pergi keluar kawasan pastikan charger dibawa bersama
2. Muatturun/pindahkan semua gambar, video yang telah dirakam di dalam memori kad
3. Simpan kamera ditempat selamat di rumah elakkan dari kanak-kanak
4. Sewaktu menggunakan kamera pastikan strap (tali) sentiasa berada dipergelangan tangan untuk mengelakkan kamera terjatuh jika berlaku sesuatu yang tidak diduga
5. Patuhi arahan penjagaan kamera digital dari pengilang
Kamera digital casio exilim yang saya miliki hanya sempat bertahan hampir 3 tahun, sepatutnya boleh tahan lama lagi, tetapi hanyat tidak panjang gara-gara pernah jatuh dalam longkang, memang tak selesa kalau tiada kamera, macam nak kena beli kamera baru ni.


2 comments ↓
nampaknya en.waka kena cari model yang tahan lasak, seperti model olympus,’miu’ series
@goldemas - mungkin perlu guna kamera kebal
Leave a Comment