anda seorang usahawan atau baru nak menjadi usahawan? tidak kira apa usaha perniagaan yang sedang dilakukan samada mengusahakan perniagaan bersaiz kecil mahu pun besar, perniagaan kecil yang dilakukan dari rumah, perniagaan mlm, perniagaan internet dan mungkin juga sekadar pemandu teksi. di zaman teknologi maklumat ini, para usahawan sewajarnya punya website sendiri.
dengan adanya website, kerja untuk mempromosi perniagaan menjadi bertambah mudah , hanya perlu mempromosikan alamat url atau website anda sahaja kepada prospek, mereka mudah untuk mengetahui apa yang anda jual, mengetahui apa perkhidmatan yang ditawarkan, mengetahui peluang yang anda ingin sampaikan.
sebagai seorang usahawan sewajarnya punya website yang berdomain sendiri, bukan domain yang menumpang di blogspot atau wordpress dan juga lain-lain yang percuma di internet. bukan untuk memperkecilkan sesiapa yang menggunakan nama domain menumpang, memang di akui walaupun ada usahawan menggunakan domain menumpang tetapi mampu menjana pendapatan yang besar.
tetapi cuba bayangkan jika apabila segala usaha anda untuk memperkenalkan perniagaan kepada ramai prospek, tiba-tiba hilang begitu sahaja…tambahan pula sudah ramai orang mengetahui alamat domain yang digunakan. bukankah kesemua kerja yang dilakukan itu sia-sia sahaja. walaupun begitu anda dapat satu pelajaran baru yang tidak ternilai harganya iaitu “bahaya menggunakan domain menumpang”.
chedet bekas perdana menteri sudah merasainya apabila blog percuma beliau hilang begitu sahaja, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana beliau bukan bertujuan untuk menjana keuntungan perniagaan.
sebab seterusnya mengapa perlu menyewa tapak website. ia menunjukkan yang anda serius melakukan perniagaan, prospek anda juga berasa yakin anda seorang yang serius dan mengikuti peredaran zaman.
mungkin ada yang beranggapan susah dan tidak tahu untuk membuat website, tambahan pula tidak tahu langsung kod html, cpanel pun mungkin tidak pernah dengar, sebenarnya mudah sahaja tidaklah sesukar yang disangkakan dan tidak perlu mengambil kursus bagaimana membina website, tetapi jika mahu belajar amatlah digalakkan kerana ilmu yang bermanfaat wajar dipelajari samada berguru, bertanya rakan atau belajar melalui internet dengan percuma asalkan rajin dan sabar mencari.
untuk lebih mempercepatkan anda membina website sendiri boleh mencuba site builder gdi, dan secara automatiknya boleh menjana pendapatan secara online.


0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
Leave a Comment