Panduan asas mencari ilmu percuma di internet

Panduan asas mencari ilmu percuma di internet, panduan ringkas ini bertujuan untuk memudahkan dan mengelakkan dari berlakunya ajaran sesat ketika berlegar-legar mencari maklumat yang diperlukan sahaja di internet.

Membuka internet tanpa ada tujuan yang pasti boleh merugikan masa kerana kebiasaannya apa bila membuka internet kita akan membaca, ya membaca itu bagus tetapi jika dalam seronok membaca sesuatu yang tidak begitu penting masa sudah berlalu 1 jam, rugi tu, kalau 2 jam lagi bertambah rugi. Sebelum bertambah kerugian masa mari buat perubahan sedikit dengan percuma.

Sebelum memulakan kerja mencari tidak kira apa yang anda cari samada peluang cari duit tanpa modal atau sebarang ilmu yang bermanfaat  di internet, sebaiknya setkan dahulu dalam minda apa yang mahu di cari. Jika jawapan kepada soalan apa yang mahu di cari telah diperolehi mulakan dengan mencari melalui google atau yahoo, juga ia terpulang kepada kita mahu menggunakan mana-mana engine carian yang sesuai yang telah sebati dengan diri.

Sekiranya di dalam fikiran kita sudah mempunyai beberapa laman web,blog dan forum yang berkemungkinan ada jawapan yang kita cari tersebut, usah berlengah teruskan sahaja mencari maklumat di sana. Apabila maklumat yang diperlukan sudah diperolehi jangan lupa untuk bookmarks URL, ia sebagai jalan mudah mencari kembali laman web tersebut.

Selain dari itu, maklumat penting yang telah diperolehi sebaiknya di copy dan paste, gunakan kemudahan note pad yang ada dalam komputer,tujuan copy untuk memudahkan kita membaca semula tanpa online dan mengumpulkan maklumat untuk rujukan sendiri untuk lebih memahami dan tidak lagi tercari-cari pada hari lain apabila perlu.

6 comments ↓

#1 IMCurtain on 10.10.09 at 1:34 am

Salam sejahtera,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

Click pada butang ‘Tutorial’ untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blog Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

#2 Pemburu Impian on 10.10.09 at 9:26 pm

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Tips di atas bermanfaat,

Melayari internet ibarat memasuki hutan tebal,

tanpa impian dan matlamat, mudah sekali tersesat.

Masa terbuang, tenaga habis,

“Masuk angin keluar asap…” kata Alayarham P.Ramlee

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

#3 goldemas on 10.11.09 at 8:38 am

bagus panduan ni en.waka. bila difikir balik. memang sebelum ni saya lebih banyak membuang masa bila melayari internet. akan memperbaiki diri ini.

#4 Kobot on 10.12.09 at 11:28 pm

Bagus artikel ni. Thanks kerana sudi berkongsi :)

Betul tu… jika kita nak cari sesuati di internet, kita kena set kan apa yang kita nak cari, barulah kerja senang sikit.

#5 Mawar on 10.13.09 at 4:05 am

En. waka,
Bila baca entri ini, sayapun terfikir tentang sesuatu yang boleh memberikan manfaat. Saya akan cuba ikut saranan En. Waka.

#6 Kujie on 10.13.09 at 5:20 am

Kadang, yang di cari tak jumpa tapi leka membaca hal lain…kalau terjumpa tempat yang menariklah

Leave a Comment