Hari isnin, hari permulaan sekolah untuk tahun 2010, hari penuh bermakna khusus kepada kanak-kanakĀ yang baru memasuki alam persekolahan, hari bermula cabaran baru untuk menjadi lebih berdikari dan belajar secara formal dan belajar secara tidak formal.
“kita naik motor ye, senang mudah dan pantas”
Setelah menempatkan anak di dalam kelas darjah 1, saya beredar dan hanya memerhati sekali sekala dari jauh, sementara menunggu perhimpunan sekolah dan seterusnya pulang.” irfan, belajarlah untuk berdikari“.
Dalam suasana sibuk dan ceria di sekolah, saya teringatkan kata-kata pengetua sekolah pada hari pendaftaran pada hari sabtu yang lalu.
Pesanan pengetua untuk ibubapa dan para hadirin
” Usah risau dengan anak-anak, kami di sekolah bertanggung jawab ke atas anak-anak ini, jadi tidak perlu menunggu anak sewaktu hari persekolahan. Sampai bila mahu ditatang, sampai bila mahu ditengok. Biar mereka belajar untuk berdikari, jika ada guru didalam kelas mereka belajar secara formal jika sewaktu menunggu ketibaan guru mereka tetap belajar walau bukan membaca buku”.
Saya setuju sangat dengan pesanan pengetua sekolah itu.
Antara katanya lagi yang menarik perhatian.” Jangan kata NO!, untuk merealisasikan sesuatu tiada NO“.
Kata-kata itu,
umpama palam pencucuh yang memercikkan spark di dalam ruang pembakaran enjin sebuah kereta semasa lejang mampatan dan menghasilkan satu tenaga yang berguna untuk menggerakkan kenderaan.
kata-kata itu juga boleh
diumpamakan mengores mancis ketika hose gas bocor didapur dan bakal menghasilkan kemusnahan.
” Ambil yang positif”
~buatlah yang patut cikgu asalkan ada manfaat, rotan jika perlu.


0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
Leave a Comment