Proton exora malaysia mpv


Lalu di hadapan pusat jualan kereta proton sempat juga menjeling pada proton exora mpv malaysia, nak turun tengok belum sempat lagi, lagi pun sekadar nak tengok saja bukan nak beli lain kali singgah. Dengar cerita kereta ni menarik dan terbaik berbanding dengan kereta yang seangkatan dengannya walaupun saiz besar dengan kapasiti engine 1.6liter tetapi ia dirasakan dapat memecut dengan pantas kerana teknologi engine campro dan lightweight body. Rakyat malaysia yang teringin nak membeli mpv tetapi rasa tidak mampu, mungkin inilah kenderaan yang sesuai untuk dijadikan pilihan. Kalau ada kereta lama proton yang dah lusuh dimakan usia di rumah boleh juga dijadikan modal untuk mendapatkan kenderaan mpv proton exora ni. Mungkinkah masalah cermin tingkap pada proton exora ini tidak berulang seperti yang berlaku pada model proton yang lain

Bagaimana pun kena tunggu reaksi komen dari pembeli proton exora ni tentang apakah kelebihan dan kekurangannya, selagi belum ada pengguna sukar untuk menilai, apa pun dari segi pandangan mata dan spesifikasi ia adalah kenderaan yang terbaik berbanding dengan jenama lain yang seangkatan dengannya. Apple to apple.

3 comments ↓

#1 zenal60 on 05.07.09 at 11:33 am

Gua dah test-drive Exora and dah booking pun.
Memang pick-up ada kureng sikit…. tapi driving wise,.. memang best gila punya compared to other proton product.. Pada yang dok kondem keter Proton tu…..what do you aspect…kalau nak memecut….this is not the car,…beli le keter Spot bro…MPV kan is so called Family car,…..so bila driving dengan family, mana ade orang memecut gila punya….unless you dont love your family……… am I right !!!!!!!

#2 waka on 05.19.09 at 5:22 am

@zenal60 - jaga2 jangan pecut sangat ingat -ingat sikit

#3 Janggo on 02.15.10 at 2:40 pm

Tul tu,Gua yang org S’pore pun pakai M-Line.Anak 3,org rumah dan pembantu rumah.Selalu masuk JB jumpa sedare dan mak mentua.So far puas hati.Cuma kalau dah 5-7 org pick up ada lembap sikit.Kalau dah lepas gear 2 dah rasa powerband dia dtg.Untuk makluman gua dah pasang fog light LED,SSR 16 inch ngan tayar Yokohama 205/55 series dan tukar Simota drop in air filter.Minyak save sikit dari dulu.Average skrg 11.5litres per 100 km.Sedare gua yang pakai Stream pun kagum ngan handling dan interior dia yang luas.Ade 3rd row air con lagi.Cuma pikap kalah teruk ngan dia tapi 90kmh gua dah ikut dekat.Dia lenjan 140 gi Melaka tempoh hari gua selamba rock ikut blakang dia.Lagi dia 1.8 bro.

Leave a Comment