Jamuan rumah terbuka masih lagi berleluasa sepanjang bulan syawal, dan malam tadi saya menghadiri rumah terbuka di sebuah bandar yang terkenal dengan masalah traffik sesak iaitu bandar rawang . Malaysia memang kaya dengan majlis makan-makan jadi bagaimana nak jaga makan kepada yang jaga badan, itulah ujian hmmm kalau tak makan tak patut, jadi makanlah sebanyaknya dan berhenti sebelum kenyang.
Selain dapat menikmati makan percuma yang enak, rakan saya memperkenalkan salah seorang tetamu yang hadir adalah seorang seorang usahawan wanita yang belum popular serta tidak bergaya hebat. Saya di fahamkan oleh rakan saya bahawa wanita itu mempunyai seorang anak gadis yang istimewa berumur 19 tahun yang tidak berupaya mengurus diri dan makan hanya melalui tiub. Disebabkan tuntutan mencari rezeki untuk menyara hidup, beliau terpaksa membawa anak istimewa kemana sahaja sewaktu menjalankan kegiatan mengembangkan perniagaannya. Walaupun sukar tetapi terus berusaha dengan tekun, dengan harapan boleh mengubah kehidupan. Begitu tabah usahawan wanita, masalah bukan penghalang untuk terus memburu impian.
Sebelum pulang rakan saya mengingatkan “malam esok ada kambing golek , datang la” ish-ish makan lagi, murah rezeki Alhamdulillah.



9 comments ↓
Baguslah wanita juga aktif untuk menjadi usahawan. Bidang usahawan lebih menjamin untuk hidup yang lebih selesa.
yelah..tabah sangat. Susah sekarang ganjaran wanita tu besar diakhirat nti. Teringat Ustaz sy dulu kata jika kita dapat anak yg meninggal sblm baligh atau anak istimewa sejak lahir, mereka inilah yg akan memohon pd Allah agar jauhkan kedua ibu bapa mrk dr azabNya. Itu sbbnya susah skrg tp senang kemudian.
Salam,
Rawang memang begitu…memang femes dengan Jem nye..
tak lama lagi jambatan tinggi tu siap insyaAllah dah tak jem dah…
salam bro. memula tu aku rasa kagum dengan ketabahan wanita tu. tapi last2 bila terbaca pasal kambing golek tu jadi terliur pulak
aku pun nak cuba gak jadi usahawan nih. hasil dari dorongan rakan-rakan
@goldemas-dah nampak dah tu hasilnye, satu permulaan yang bagus
memang x dinafikan wanita memang begitu komited dalam serba serbi..kelebihan yang dikurniakan…
Bagusnya. Saya yakin die tabah untuk anak dia. Semoga hidupnya sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T.
Salam..
Saya sedang mengembangkan konsep “Stay at Home Muslimah” dan “Work at Home Muslimah, juga konsep “Safe Office Home Office”.
PS; Memang ketabahan wanita tiada tandingan. Dek ketabahan siti hajar lah tercetusnya telaga zam2..
Leave a Comment