Harga barang naik walau harga minyak turun

Sama ada perasan atau tidak harga barang runcit semakin naik berbanding dengan harga minyak yang turun sedikit demi sedikit, alasan peniaga mudah sahaja stok lama yang dibeli pada harga mahal mana mungkin mereka akan menjual dengan harga yang kurang dari harga belian, jika mereka melakukannya sudah tentu merugikan, alasan tersebut boleh diterima akal, jika anda seorang peniaga pun sudah tentu akan melakukan sedemikian. Akan tetapi kenaikan harga barang naik beberapa kali sejak minyak naik mendadak sebanyak tujuh puluh sen. Sebelum itu pun sudah naik. Apakah alasan pengilang, pembekal dan penjual untuk tidak menurunkan harga barang jualan pada waktu harga minyak telah turun? perlukah mengambil keputusan tidak membeli?

Jika tak beli nak makan apa? jadi, belilah apa yang wajib sahaja, mana-mana yang tidak berkenaan tu boleh Continue reading →

Pindah hosting (pindah rumah sewa)

Asalamualaikum semua, dah lama blog ini menghilang ini semua gara-gara hostinglah apa lagi, disebabkan dah lama sangat tiada apa-apa perubahan berlaku maka terpaksalah pindah hosting harap-harap kali ni xdelah masalah yang berlaku, kalau setakat server down sehari tu boleh tahan lagi ini dah lebih dari seminggu. Untuk tidak membazirkan masa cari jelah perumah yang baru. Tapi yang nyata semua post lama lenyap tak da cara nak selamatkannya atau saya tak tahu nak buat, lagi pun xjumpa kat mana backup tu disimpan dah banyak sangat fail, itulah akibatnya kalau fail bersepah-sepah sampai masa nak cari pun xjumpa bak kata nabil “lu fikirlah” yela kut. Continue reading →