Berita baik kepada perokok tegar

Terdapat sebuah laman web yang menjual produk fizikal iaitu rokok sahaja, tak terfikirlah pula yang rokok pun boleh dijual secara online kerana rokok adalah benda yang mudah diperolehi di kedai berhampiran, lagi pun perokok jika teringin nak hisap rokok ia perlu dibeli secepat mungkin, tidak kira pukul 3 pagi asalkan ada seven eleven atau stesen minyak yang berhampiran.

Cuma apa yang pasti rokok jenama nusantara dan gudang garam tiada dalam senarai jualan di kedai rokok online ini. Post ini bukanlah untuk menggalakkan menghisap rokok, cuma tertarik dengan laman web tersebut. Walaupun produk itu boleh di dapati dengan mudah di kedai-kedai tetapi ia masih lagi dijual melalui internet, jadi kepada sesiapa yang sedang berkira-kira nak buka kedai online di internet mungkin boleh jual rokok gudang garam produk yang sedia ada di kedai-kedai asalkan ia mudah untuk di pos dan menepati syarat-syarat perkhidmatan pos.

Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

Harga barang naik walau harga minyak turun

Sama ada perasan atau tidak harga barang runcit semakin naik berbanding dengan harga minyak yang turun sedikit demi sedikit, alasan peniaga mudah sahaja stok lama yang dibeli pada harga mahal mana mungkin mereka akan menjual dengan harga yang kurang dari harga belian, jika mereka melakukannya sudah tentu merugikan, alasan tersebut boleh diterima akal, jika anda seorang peniaga pun sudah tentu akan melakukan sedemikian. Akan tetapi kenaikan harga barang naik beberapa kali sejak minyak naik mendadak sebanyak tujuh puluh sen. Sebelum itu pun sudah naik. Apakah alasan pengilang, pembekal dan penjual untuk tidak menurunkan harga barang jualan pada waktu harga minyak telah turun? perlukah mengambil keputusan tidak membeli?

Jika tak beli nak makan apa? jadi, belilah apa yang wajib sahaja, mana-mana yang tidak berkenaan tu boleh Continue reading →

pelaris untuk perniagaan

Dalam dunia perniagaan untung, rugi, berjaya, bankrup, adalah antara perkara yang bakal ditempuhi tidak kira apa jua jenis perniagaan yang dilakukan samada menjual secara runcit, berniaga secara kontrak, perniagaan pertanian, ternakan, internet(kalau kos kecil xbangkrup). Hakikatnya semua orang yang berniaga bertujuan untuk mendapat keuntungan dan berniaga dalam tempoh yang panjang. Bagaimanakan untuk mendapat laba yang berterusan dan menjadikan perniagaan terus bergerak maju, mari lihat apakah pelaris untuk perniagaan Continue reading →