December 13th, 2009 — kad kredit
Jika anda baru menceburi perniagaan internet , kad kredit adalah satu keperluan tetapi sekiranya anda belum layak memiliki kad kredit, kad debit adalah pilihan yang terbaik. Memiliki kad debit tidaklah sesukar mana, kelebihan memiliki kad debit akan memudahkan urus niaga di internet terutama untuk membeli atau mendaftar sesuatu program dari luar negara.
Dari pengalaman saya kad debit public bank paling mudah kerana saya telah menggunakannya selama lebih 2 tahun tanpa sebarang masalah untuk melakukan transaksi online luar negara.Sekiranya public bank bukan pilihan anda boleh mencuba menggunakan kad debit ambank, eonbank dan maybank untuk lebih kepastian tentang kad debit ini sebaiknya tanya dahulu pada pihak bank sebelum mendaftar untuk memiliki kad debit
Sekiranya anda sudah mempunyai kad debit visa maybank tetapi menghadapi masalah semasa melakukan transaksi online, apa yang perlu dilakukan adalah:
Login akaun kad debit anda, pergi bahagian “utilities” klik “maybankard secure online” dan isi maklumat yang diperlukan dan submit. hubungi bank untuk sebarang pertanyaan untuk lebih kepastian.
Bina pendapatan online berterusan profits calculator trial free
October 2nd, 2009 — kad kredit
Jika disebut kad hutang bunyinya tidak enak di dengar “jangan sebut kuat-kuat malu la”, tapi jika sebut kad kredit oohh ” eh kalau takda kad kredit tak gempak la, kau ada berapa kad? satu jer! aku ada 5 kad senang nak belanja”.
Ohoho…awas jika berseronok dengan kad kredit. Jika sudah ada kad kredit gunakan sebaiknya mengikut niat awal sebelum mendaftar sebagai pengguna kad kredit.
Tujuan memiliki kad kredit sudah tentu untuk menyelesaikan masalah kewangan apabila terdesak dan bukan sebagai alat untuk kebebasan kewangan. Cuba lihat kembali kemanakan wang kad kredit dibelanjakan, adakah digunakan di tempat yang sebetulnya atau sekadar memudahkan cara untuk berbelanja dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Sebelum mendaftar sebagai pengguna kad kredit adalah sebaiknya berfikir, adakah ia satu alat yang betul-betul diperlukan. Ada yang kata “rugi jika tak ada kad kredit, senang dapat loan percuma tak payah susah-susah pinjam kawan”.
Waktu sukar dan sesak sebenarnya bukan setiap hari, ia akan berlaku dan pasti berlaku bila di mana tidak diketahui. Dengan melakukan tabiat simpan sebahagian wang, masalah diwaktu sukar dan sesak boleh diselesaikan tanpa hutang yang tidak sepatutnya.
Dulu saya juga pengguna kad kredit, dalam berjaga-jaga menggunakan kad kredit dalam tempoh 5 tahun rm20,000 jumlah terkumpul sudah dibelanjakan, tapi kemana leburnya bermula dari itu kesemua saki baki hutang diselesaikan dalam setahun dan bebas dari sebarang kad kredit huh lega!.
Tapi kini kad debit yang ada dalam dompet untuk memudahkan urusan di internet, samada untuk membeli dan mendaftar.
Kepada pengguna kad kredit berhemah tahniah, kepada yang kadang-kadang tergelincir dan kerap tergelincir berhati-hati lah ketika memandu kad kredit.
September 3rd, 2009 — paypal

Sakan tajuk tu, aku jutawan Paypal hoho. Ya bukan satu yang mustahil kepada usahawan internet dengan syarat ada impian (macam antara rakan saya di sini), kemahuan, minat, cinta dan fokus. Satu lagi untuk berjaya jangan mudah putus asa.
Sekiranya anda masih lagi belum mempunyai akaun Paypal usahlah berlengah elok dapatkan sekarang. Terutama kepada yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet. Mengapa Paypal? Jawapannya mudah kerana ia percuma dan kebanyakan laman web jualan biasanya menyediakan pilihan bayaran menggunakan Paypal selain dari kad kredit dan Debit.
Paypal sebagai akaun untuk anda melakukan pembayaran dan juga menerima bayaran, sebagai contoh jika anda menjadi rakan niaga kepada laman web maxpro.ws pendapatan anda akan dibayar melalui tiga pilihan samada menggunakan Paypal / check / wire transfer, dengan kata mudah Paypal adalah salah satu pilihan.
Untuk mendapatkan akaun Paypal tidak lah sesukar mana yang penting anda mempunyai kad kredit untuk verify akaun Paypal anda, tapi “aku takde kad kredit” itu bukan satu masalah anda boleh dapatkan kad debit. Apaa yang perlu dilakukan pergi ke public bank berdekatan mohon kad debit selesai masalah. Kad debit umpama prepaid, bila nak guna baru isi dan pengguna kad debit sudah pasti tidak payah memikirkan nak bayar hutang seperti pengguna kad kredit.
Sebelum terlambat tonton video 7 minit ini sebentar dan peluang untuk mendaftar percuma new domain , yang penting tengok video dan fahamkan dahulu, sekiranya ada pertanyaan boleh hubungi saya melalui contact form.
Untuk menonton klik di sini