Pada malam menjelang raya, dalam perjalanan ke utara negeri jelapang padi( harga beras tetap sama) saya sempat singgah sahur bertemu dengan anak saudara(pangkat je) di kuala kangsar bandar diraja yang kebetulan dia baru tiba dari kl
Dalam kesempatan itu sempat juga bersembang tentang aktiviti perniagaan katering beliau. Katanya walau pun sudah berniaga sejak beberapa tahun, tetapi pada ramadan kali ini adalah kali pertama di bazar ramadhan, kegiatan berniaga di bazar ramadan pun hanya di buat pada hari sabtu ahad sahaja, saja test market di bazar ramadan, katanya
Apa yang menariknya setiap kali berniaga paling lewat 630petang dan habis jualanya. Produk yang dijual hanyalah nasi briani dan lauk sahaja. Hebat la 630 petang dah balik, saya pun bertanya apa rahsianya?
Jawapan beliau,
1. Pastikan ia sedap
2. Kualiti mesti jaga
3.Harga mengikut peniaga lain - baru persaingan sihat
4.Nasi briani - tetapi tak sama dengan briani lain
5.Jadi seorang pakar
Nasi briani yang korang jual ni apa namanya, “briani bombay kerana briani stail mamak” anak saudara saya menjawab, saya pun gelak.haha, bagaimana boleh terlibat dalam perniagaan ini adakah kerana minat memasak? ohh tidak katanya, saya hanya suka duit. Punca yang boleh telibat dalam perniagaan katering kerana pada waktu-waktu sukar dahulu, sebagai pekerja biasa dan hidup di kota semuanya perlukan duit, dengan gaji yang tidak sebesar mana dan kos menampung kehidupan semakin tahun semakin meningkat tanpa ada potongan harga sebanyak 95%(ayat rekaan untuk menambah perisa). Sebagai jalan sementara untuk meleraikan masalah kewangan beliau mengambil upah dengan bekerja mencuci dan menggilap pinggan di kedai mamak apabila lepas habis waktu bekerja. Bermula dari situ ilmu masakan dipelajari ala-ala stail cerita kungfu yang bermula dengan mengangkut air (letih punya kerja).
Saya bukan nak cerita sangat pasal nak senang dengan menjual nasi briani, cuma dari cerita tersebut apa yang boleh ambil sebagai pengajaran, untuk maju dalam sesuatu mesti ada suka, usaha, sabar dan memakan masa. Apabila sudah bertemu sesuatu peluang percuma seperti di sini yang mudah , teruskan sampai berjaya.
Kalau ada sesiapa nak mencuba nasi briani ni yang katanya sedap sangat tu boleh tengok menu di sini. Saya hanya tahu makan, asal tak terlebih garam, gula sedapla tu jadi saya tidak sesuai untuk menjadi juri penilai masakan, kalau nak tahu cuba sendiri di sini.

