Semakin hari semakin bertambah jumlah ebook baru yang terdapat dipasaran internet, ia juga adalah satu perkembangan yang sihat jika dilihat dari sudut positif, kerana ia menunjukkan ramai rakyat malaysia kini sudah celik dan pandai menulis ebook sendiri. Cara yang mudah untuk menghasilkan buku sendiri sendiri adalah dengan menulis buku dalam bentuk ebook. Tulis, terbitkan sendiri dan pasarkan sendiri melalui internet. Disebabkan ia adalah mudah dan kos yang sedikit maka bertaburanlah ebook-ebook baru yang dilancarkan. Sebagai pengguna pasti akan tertarik dengan ebook yang dilancarkan, tetapi ingat jangan jadi ketagih membeli disebabkan oleh ayat-ayat iklan yang menghairahkan kerana ebook yang dijual selalunya mempunyai ayat-ayat power yang menarik dan penyebab pengguna tidak tidur malam jika tidak membeli.
Tugas penjual memanglah untuk menarik pembeli, itu memang tidak boleh dinafikan, jika tiada pembeli tidak bermakna sesuatu produk itu walau ia berkualiti. Tugas pengguna adalah membeli, disamping mendapat ilmu pengetahuan ia dapat juga merangsang ekonomi, cuma jadilah pengguna yang bijak beli ebook berpandu kepada kepentingan sendiri bukan kerana terpengaruh dengan ayat-ayat power yang ditulis oleh penulis ebook sahaja. Apabila membeli ebook kerana terpengaruh dengan ayat-ayat power tersebut akan menyebabkan anda terlupa pada satu masa jumlah ebook yang dibeli sudah terlalu banyak dan load info sehingga menyebabkan kegiatan utama anda hanyalah membaca ebook. Jadi bilakah masa untuk mengaplikasikan info yang diberi dari ebook yang telah dibeli? jika asyik sibuk membaca buku2 baru dalam satu masa yang singkat.
Boleh membeli, tetapi rancang pembelian, lihat bajet kewangan, lihat kepentingan ebook tersebut kepada anda.
Selamat membeli, pembeli perangsang ekonomi.

