Hari ini kita tengok video sekejap, aksi-aksi panas di tengah panas melayan traktor kubota di kebun jagung. Kalau bawak traktor dalam kebun atau ladang tak payah ada lesen memandu kerana polis dan jpj tiada, kalau nak accident pun cuma terlanggar ular, tikus atau cacing saja. Bawak traktor senang saja jika permukaan bumi rata, tetapi untuk kawasan yang berbukit adalah sukar hanya traktor kecil sahaja yang sesuai serta perlu pilot yang professional, bukan apa kawasan bukit ni memang cukup mudah nak buat aksi-aksi lasak.
Tayar hadapan traktor cukup mudah nak terangkat, boleh buat macam aksi mat rempit.
Bulan April 2009 bermulalah detik hari tanpa bekerja makan gaji bagi najib iaitu rakan saya kerana beliau telah nekad untuk berhenti bekerja dari sektor industri, beliau memilih untuk mengambil wang vss bagi memulakan sesuatu yang baru dalam hidupnya.
Namun begitu fikirannya masih kosong tidak tahu apakah yang sesuai untuk dilakukan selepas berhenti bekerja. Dengan masa percuma yang ada sekarang beliau mula merayau-rayau untuk mencari informasi apakah yang sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan baru, najib bukanlah tidak berpelajaran beliau adalah seorang yang berpendidikan dari universiti tempatan, tetapi ingin beralih arah kepada bidang yang tidak berkaitan dengan kejuruteraan. Tumpuannya kini samada untuk meneroka bidang perniagaan atau pertanian.
Baru-baru ini najib berkesempatan berjumpa saya di kebun jagung, maklumlah rakan lama sewaktu di sektor industri dahulu, waktu bekerja memang susah nak jumpa, tetapi apabila sudah berhenti bekerja makan gaji barulah ada masa nak jumpa. Dengan kesempatan tersebut najib menyuarakan hasrat hatinya untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, tetpi saya tidak begitu menyokong sebaliknya menyuruh beliau membuat analisa terlebih dahulu, berkaitan dengan kos-kos yang terlibat, pulangan semula wang modal, pemasaran,keuntungan dan kehidupan sebagai peladang.
Saya menyarankan agar mengambil sedikit masa sebelum memulakan sesuatu projek untuk mengelakkan kerugian dan saya tidak mahu wang dari skim vss beku, biar lambat tidak mengapa kerana pertanian menggunakan wang yang banyak sekiranya bermula dari kosong kecuali sudah ada kemudahan infrastruktur. Begitu juga antara persoalan yang saya kemukakan adakah beliau betul-betul berminat? minat kerana mendengar cerita-cerita indah tentang untung perniagaan pertanian adalah tidak sesuai dijadikan alasan untuk terlibat dalam pertanian. Pertanian bukan kerja mudah ia perlu titik peluh dan wang, serta pulangan keuntungan yang lambat serta penuh dengan risiko.
Bercerita tentang kesusahan bukan bermaksud untuk mematahkan semangat, tetapi untuk menjadikan beliau lebih bersedia dan berhati-hati dan kuat. Selain dari itu cara kehidupan juga perlu diubah kerana tiada jaminan wang setiap hujung bulan.
Pertanian adalah satu cabang perniagaan, dan memang menguntungkan.Ramai usahawan-usahawan pertanian telah berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hasil pertanian yang dilaksanakan. Sekiranya anda teruja dengan kejayaan para usahawan pertanian yang telah berjaya, mungkin ada terdetik dihati ingin mencuba terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang sedang merudum.
Tambahan pula dengan sektor industri yang mula membuang pekerja, jika dapat wang VSS boleh juga digunakan untuk kegiatan pertanian. Tetapi sebelum gelap mata untuk membelanjakan wang skim VSS untuk menjalankan projek pertanian, adalah sebaiknya berfikir , belajar dan buat kaji selidik dahulu sebelum terjun supaya tidak jadi seperti si luncai terjun bersama labu-labunya.
Bukan sahaja perlu buat kaji selidik tentang tanaman pertanian tetapi tentang pengurusan wang, cash flow juga amat penting kerana tanpa pengurusan wang yang betul wang yang banyak boleh habis begitu saja umpama menanam wang. Ini kerana pertanian bukanlah kerja yang mudah ia memerlukan pengorbanan wang, tenaga dan masa. Tetapi jika sekadar buat pertanian di belakang rumah itu tidak menjadi soal samada untung atau rugi.
Sebelum memulakan pastikan dahulu dalam diri ada minat yang mendalam, jika sekadar untuk mencuba nasib elok dibelanjakan wang ke tempat lain yang boleh memberi manfaat. Kecuali anda mencuba mencari pendapatan melalui internet, ia boleh dicuba bila-bila masa sahaja kerana risiko rendah tanpa menunggu wang skim VSS anda boleh memulakannya. Tulisan ini bukan untuk mematahkan semangat untuk menjadi usahawan tani tetapi jadikan ia sebagai panduan untuk menjadi lebih berhati-hati serta cari sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan untuk memastikan usaha yang bakal dilaksanakan tidak menjadi sia-sia.
“sekarang mau close account, kira stok lama, kalau mau lain barang lain, tahun depan baru boleh dapat, sekarang ini barang saja ada maa, wa mana pakai komputer niaga kecil saja”
Jawapan dari soalan saya kepada tauke cina yang menjual barangan pertanian sewaktu pertama kali ke kedai tersebut atas rekomen seorang rakan, apa yang nak dikongsikan di sini walaupun kedai tidak sebesar mana, pengiraan stok dan penutupan akaun tahunan dilakukan untuk melihat untung atau rugi. Tetapi ada juga peniaga yang tidak melakukan seperti ini, berniaga tanpa kira-kira untung atau tidak tidak diketahui, cuma pakai rasa-rasa aja, selagi boleh berniaga kira untunglah. Continue reading →
Hujan sahaja sekarang ni, tapi oklah dah diberi hujan kalau tak hujan susah pulak so terima sahajalah sebab bukan kuasa kita, kalau orang yang menjalankan kegiatan pertanian bila hujan tak payah nak siram pokok. Sementara belum hujan sempat juga pergi tengok tanaman jagung manis, ada rezeki nampaknya boleh memetik beberapa tongkol jagung manis hari ni, time hujan nanti bolehla layan jagung bakar hoho sedapp. Pokok jagung ni takde lah hebat, tak macam pokok jagung orang lain sebab tak cukup baja organik, tidak menggunakan tahi ayam, Continue reading →