September 28th, 2009 — Uncategorized, kesihatan
Kalau cepat dapat duit semua orang seronok, semua nak tahu bagaimana caranya tapi bila dah tahu tak buat dan banyak pula alasan, tapi kalau nak memancing memang kena guna umpan yang baik.
Memancing ni bukan aktiviti saya kerana saya tidak suka menunggu, memancing di pasar lebih mudah dan cepat umpan dengan duit saja:) kepada kaki pancing teruskan hobi anda kalau tiada pemancing merosot pula bisnes peralatan memancing dan kolam pancing.
Kata ahli pancing, apabila memancing gunakan umpan yang ada bau tapi bukan bau wangi, bau yang hanyir, busuk tu ikan suka dan bergantung kepada apa jenis ikan yang nak dipancing. Kenali ikan yang nak dipancing apa hobinya, kesukaannya dan tempat permainannya.
Jadi kalau nak pancing manusia, pancing dengan cerita duit, cara yang cepat dapat duit , duit sekelip mata, buat duit cara mudah dan yang lebih bagus sekali berikan duit (kanak-kanak paling untung dimusim raya dapat duit).
Kepada semua yang bekerja hujung bulan ni jangan lupa pergi ke atm bank masing-masing untuk mendapatkan duit cepat:) kepada yang masih belajar masa tu lah yang sesuai untuk dapatkan duit dari mak bapak hoho
February 27th, 2009 — perniagaan
Pertanian adalah satu cabang perniagaan, dan memang menguntungkan.Ramai usahawan-usahawan pertanian telah berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hasil pertanian yang dilaksanakan. Sekiranya anda teruja dengan kejayaan para usahawan pertanian yang telah berjaya, mungkin ada terdetik dihati ingin mencuba terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang sedang merudum.
Tambahan pula dengan sektor industri yang mula membuang pekerja, jika dapat wang VSS boleh juga digunakan untuk kegiatan pertanian. Tetapi sebelum gelap mata untuk membelanjakan wang skim VSS untuk menjalankan projek pertanian, adalah sebaiknya berfikir , belajar dan buat kaji selidik dahulu sebelum terjun supaya tidak jadi seperti si luncai terjun bersama labu-labunya.
Bukan sahaja perlu buat kaji selidik tentang tanaman pertanian tetapi tentang pengurusan wang, cash flow juga amat penting kerana tanpa pengurusan wang yang betul wang yang banyak boleh habis begitu saja umpama menanam wang. Ini kerana pertanian bukanlah kerja yang mudah ia memerlukan pengorbanan wang, tenaga dan masa. Tetapi jika sekadar buat pertanian di belakang rumah itu tidak menjadi soal samada untung atau rugi.
Sebelum memulakan pastikan dahulu dalam diri ada minat yang mendalam, jika sekadar untuk mencuba nasib elok dibelanjakan wang ke tempat lain yang boleh memberi manfaat. Kecuali anda mencuba mencari pendapatan melalui internet, ia boleh dicuba bila-bila masa sahaja kerana risiko rendah tanpa menunggu wang skim VSS anda boleh memulakannya. Tulisan ini bukan untuk mematahkan semangat untuk menjadi usahawan tani tetapi jadikan ia sebagai panduan untuk menjadi lebih berhati-hati serta cari sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan untuk memastikan usaha yang bakal dilaksanakan tidak menjadi sia-sia.