Wajarkah pembantu rumah warga asing diberi cuti?

Tertarik dengan artikel dari akhbar malaysia (tak ingat tarikh) berkaitan pembantu rumah warga asing perlu diberi cuti. Berkaitan dengan isu ini banyak pihak dan rakan-rakan yang menggunakan khidmat pembantu rumah asing tidak bersetuju dengan pemberian cuti kepada pembantu rumah warga asing. Walaupun tiada cuti pada hakikatnya mereka tetap mempunyai waktu untuk berehat dan tidur yang cukup jika majikan adalah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai akal fikiran yang waras serta faham apa itu erti pembantu rumah.

Hanya orang yang tidak faham erti pembantu rumah sahaja akan menyalah guna pembantu rumah seperti haiwan. Berikutan dengan kes penderaan yang didedahkan dimuka akhbar, ini tidaklah menunjukkan ramai majikan yang bersifat seperti itu. Masih ramai majikan yang mempunyai akal fikiran dan faham apa itu erti pembantu. Selain dari itu juga kes-kes pembantu rumah yang lari, ianya ramai cuma tidak didedahkan sahaja jika didedahkan pun tidak akan dapat menggembalikan semula wang serta masalah penjagaan anak-anak ketika ketiadaan pembantu majikan juga yang terpaksa menanggungnya.

Pernah berlaku seorang majikan yang sangat prihatin dengan pembantu rumah maklumlah tiada pengalaman dengan pembantu rumah warga asing. Majikan ini menetapkan hari ahad hari cuti dan hari biasa waktu bekerja sehingga 5 petang sahaja. Bagus dia buat begitu kerana niatnya baik tetapi pembantu rumah adalah manusia juga, dengan masa terluang ia akan mencari rakan-rakan senegaranya dan dari situ bermulalah episod naik tocang dan tidak lama lost in action.

Pada umumnya kerja pembantu rumah adalah menguruskan rumah untuk mengganti kerja isteri yang bekerja. Pekerjaan itu memang tiada cuti, kalau tidak percaya tanyalah pada isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa, mana ada cuti. Lepas ni mungkin surirumah pula akan minta cuti.

3 comments ↓

#1 silverhythm on 06.23.09 at 8:02 am

mmg x ptt..
lbh byk kbrukn dr kbaikn..
mungkin lebih byk masalah sosial dan pecah rumah akn berlaku..

#2 fathuri on 07.14.09 at 9:19 pm

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat sahabat. Saya dapati ini Blog yang menarik banyak posting yang kreatif dan membuka minda. Tahniah!. dari “diari seorang pedagang forex”

#3 waka on 07.20.09 at 7:00 pm

@fathuri-waalaikumsalam sahabat, yang baik hanya dari Allah manusia hanya perantara

Leave a Comment